• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Ajar, Beri Syarahan Agama Di Johor Perlu Ada Tauliah

oleh AK-47
08/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Individu Ajar, Beri Syarahan Agama Di Johor Perlu Ada Tauliah
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan negeri hari ini mengingatkan individu yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam perlu memiliki tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Jamaluddin A Hamid serta Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dalam kenyataan bersama berkata tauliah merupakan antara kaedah bagi mengawal doktrin dan fahaman yang menyeleweng daripada hukum syarak.

Menurut kenyataan itu, tauliah berkenaan meliputi masjid dan surau serta di mana-mana tempat dalam Johor, selaras dengan Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

“Mana-mana orang yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini tanpa tauliah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan berdasarkan Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” menurut kenyataaan berkenaan yang dimuat naik menerusi Facebook Sultan Johor hari ini.

Selain itu, kenyataan itu menjelaskan penganjur yang menggunakan penceramah tanpa tauliah daripada MAINJ juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Justeru, masyarakat Islam di negeri ini diingatkan agar mematuhi undang-undang yang telah dikanunkan demi memastikan syiar Islam yang benar ditegakkan dan dilaksanakan di Johor.

-Malaysia Kini

Tags: AjarJohorSyarahan Agamatauliah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd