• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GrabFood Perkenal Saver Delivery – Caj Penghantaran Makanan Terendah

oleh Mohd Arshad
03/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
GrabFood Perkenal Saver Delivery – Caj Penghantaran Makanan Terendah
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – GrabFood Malaysia merombak pilihan penghantarannya bagi meningkatkan akses dan menjadikan caj penghantaran makanan lebih mampu milik buat rakyat Malaysia, dengan memperluaskan ciri Saver Delivery ke bandar-bandar di seluruh negara bermula 28 Februari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pilihan Saver Delivery menyediakan pilihan bayaran penghantaran yang lebih rendah untuk pengguna GrabFood.

Berkongsi inspirasi di sebalik penambahan berkenaan, Pengarah Komersial dan Penghantaran di Grab Malaysia, Jiong Jian Tan berkata, dalam persekitaran semasa, pihaknya percaya kepentingan untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, menjadikannya lebih berpatutan sambil memenuhi keperluan pelbagai pengguna.

“Di samping memiliki rangkaian restoran terluas dan digemari rakyat Malaysia, Saver Delivery membolehkan kami menawarkan pilihan kos penghantaran terendah di seluruh negara.

“Kami berharap dengan penambahbaikan ini, kami dapat memberi perkhidmatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan menyediakan kemudahan yang boleh diakses, sesuai dengan gaya hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Mula diuji pada November tahun lalu, Saver Delivery menyediakan pilihan bayaran penghantaran terendah dari RM1 daripada rangkaian restoran terluas di GrabFood, sebagai pertukaran untuk masa penghantaran yang sedikit lebih panjang.

Ini dilakukan dengan mengumpulkan pesanan dari arah sama yang akan dilalui oleh rakan kongsi penghantaran, jadi pilihan Saver Delivery hanya tersedia untuk rakan kongsi pedagang yang layak, bergantung pada beberapa faktor seperti masa pesanan dan lokasi.

Rakan kongsi penghantaran yang menyempurnakan pesanan Saver Delivery akan diberi pampasan yang sama seperti pilihan penghantaran lain. Bukan itu sahaja, ciri baharu ini berpotensi memberi mereka peluang untuk menyiapkan lebih banyak pesanan dalam tempoh masa yang ditetapkan, yang seterusnya memberikan lebih banyak pendapatan.

Pengembangan pilihan Saver Delivery turut menyaksikan pengenalan Penghantaran Terus (Direct Delivery) dalam pilihan penghantaran yang telah diperbaharui, memberikan masa penghantaran lebih singkat untuk pengguna yang mahukan pesanan mereka tiba lebih cepat.

Selain itu, terdapat juga ciri untuk memilih waktu ketibaan pesanan dan alternatif untuk mengambil pesanan sendiri bagi menyediakan pengguna pelbagai pilihan mudah untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka.

Tan menambah, dengan menjadikan penghantaran makanan lebih mudah diakses oleh pengguna dan memenuhi keperluan pelbagai jenis pelanggan, pilihan penghantaran GrabFood yang dinaik taraf itu turut memberi manfaat kepada rakan kongsi penghantaran dan rakan kongsi pedagangnya dengan merangsang peluang pendapatan tambahan.

“Kami komited untuk terus meningkatkan perkhidmatan dengan menyediakan penyelesaian nilai tambah kepada semua dalam ekosistem platform Grab.

“Menerusi langkah ini, kami berharap dapat melindungi kemampanan operasi dan terus menyediakan kemudahan mampu milik kepada pengguna, selain sebagai sumber peluang pendapatan untuk peniaga dan rakan kongsi penghantaran,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: grabfoodSaver Delivery
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Suspek Ahli Sindiket Dadah Dicekup

Next Post

Keadaan Banjir Di Lima Negeri Tidak Banyak Berubah

Related Posts

Belajar Sampai PhD, Sekarang Kerja GrabFood

23/10/2019
0

SHAH ALAM - Walaupun bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD), namun seorang pemuda berusia 32 tahun hanya bekerja sebagai GrabFood menyesal...

Next Post
Keadaan Banjir Di Lima Negeri Tidak Banyak Berubah

Keadaan Banjir Di Lima Negeri Tidak Banyak Berubah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd