• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar UFO Didakwa Dirakam Di Scotland

oleh Mohd Arshad
10/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gambar UFO Didakwa Dirakam Di Scotland
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON : Seorang pakar UFO mendakwa berjaya menyelesaikan salah satu misteri makhluk asing terbesar dalam sejarah United Kingdom (UK) selama hampir 20 tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor Mirror UK, gambar yang disebut ‘Insident Calvine’ terkenal kerana dirakam di tempat kejadian yang menunjukkan sebuah objek aneh berbetuk segi tiga yang sedang terbang rendah.

Imej berkualiti tinggi yang diambil pada tahun 1990 itu mencetus fenomena kerana terdapat kapal terbang konvensional yang dilaporkan turut terbang bersama, sekali gus menambah kredibiliti kepada teori bahawa ia adalah penemuan UFO yang dikendalikan oleh tentera.

Tetapi kini penyiasat, Simon Holland percaya imej yang diambil di Perthshire di Scotland itu sebenarnya adalah pesawat tentera rahsia yang sedang menjalani ujian penerbangan.

Daily Record melaporkan bahawa imej tersebut diambil oleh pekerja hotel bernama Kevin Russell.

Namanya sebelum ini tidak didedahkan dan selepas ia dikongsi, Holland yang juga bekas Penerbit BBC Horizons, bercakap tentang teorinya, mencadangkan bahawa Pusat Aeroangkasa Britain sedang mengusahakan sistem pertahanan kalis radar baharu ketika itu.

Holland percaya bahawa projek itu mungkin termasuk kapal berbentuk berlian yang diiringi oleh jet Harrier milik persendirian.

“Saya membaca laporan Daily Record dan saya rasa wajar untuk mengatakan bahawa terdapat ramai orang di luar sana yang teruja dengan perkembangan menarik ini.

“Kevin Russell yang disebut dalam laporan itu pasti mempunyai lebih banyak cerita kerana melihat secara langsung apa yang berlaku dan dia boleh membantu menyelesaikan gambar yang kekal misteri ini,” kata Holland.

-Utusan Online

Tags: ScotlandUFO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB: Bekas Pegawai Bank Goldman Sachs, Roger Ng Dijel 10 Tahun

Next Post

Nafi Pecah Amanah Lebih RM40,000

Related Posts

Lelaki Kesan Lokasi UFO Terhempas Di Antartika

27/12/2021
0

WASHINGTON – Seorang lelaki yang menggelar dirinya pakar makhluk asing mendakwa berjaya mengesan sebuah objek misteri seperti cakera di dalam...

UFO Muncul Di Kaherah?

02/11/2019
0

MESIR - Satu objek misteri mencetuskan kontroversi apabila muncul di ruang langit Kaherah di sini baru-baru ini. Kemunculan sekaligus menimbulkan...

Next Post
Nafi Pecah Amanah Lebih RM40,000

Nafi Pecah Amanah Lebih RM40,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd