• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

oleh Mohd Arshad
06/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO dan Parti Warisan (WARISAN) yang mengumumkan keluar parti itu, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semua ADUN berkenaan adalah empat daripada UMNO iaitu Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk Hamid Awang (Balung), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan Datuk James Ratib (Sugut), selain tiga ADUN Warisan iaitu Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak).

“Semua mereka memang sudah diterima masuk ke dalam Gagasan Rakyat.

“Perkara itu adalah hak individu untuk mereka menentukan pendirian dan masa depan politik masing-masing.

“Saya sangat mengalu-alukan penyertaan mereka kerana kita mahu memberi fokus kepada satu perpaduan yang jitu, selain satu usaha bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat terutama di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Bicara Pemimpin Muda Bersama Ketua Menteri sempena sambutan peringatan Hari Antidadah Tahun 2023 Peringkat Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Angin.

Sebelum ini, empat ADUN UMNO dan tiga ADUN WARISAN Sabah, mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta pada 21 Februari lalu untuk menyertai Gagasan Rakyat yang dipimpin Hajiji.

BHonline-

Tags: Gagasan RakyatUMNOwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd