• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

oleh Mohd Arshad
02/03/2023
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pelakon, Fasha Sanda dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran drama Anak Tuan, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.

Menerusi keterangan di Instagram, difahamkan isteri kepada pelakon, Aidil Aziz itu akan dipindahkan ke Hospital Pakar di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

“Mohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak (Fasha). Inshaa Allah, Fasha akan dipindahkan ke hospital lain petang ini atau esok pagi.

“Seperti yang ramai tahu kakak adalah seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat,” tulis keterangan yang dipercayai dimuat naik oleh pengurusnya.

Fasha turut menjelaskan tiada mana-mana pihak perlu dipersalahkan berhubung kemalangan itu kerana berlaku di luar kawalan manusia.

Dalam masa sama, katanya, pihak produksi juga sudah membuat permohonan maaf pada Fasha dan keluarganya.

“Tiada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini berlaku di luar jangkaan kita.

“Inshaa Allah saya akan kemas kini lagi perkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: cederaFasha Sandha
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd