• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esok Keputusan Najib, Arul Kanda Bebas Aau Bela Diri Kes Laporan Audit 1MDB

oleh Mohd Arshad
02/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Esok Keputusan Najib, Arul Kanda Bebas Aau Bela Diri Kes Laporan Audit 1MDB
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan esok sama ada Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab tuduhan beliau guna jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mengarahkan maklumat penting dikeluarkan daripada laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, juga akan memutuskan sama ada keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy terhadap Najib adalah benar dan menyeluruh bagi membolehkan mahkamah memberikannya sijil indemniti.

Keputusan itu dijadual dibacakan pada jam 9 pagi.

Arul Kanda memberikan keterangan terhadap Najib selama dua hari pada 25 Ogos lalu selepas dibenarkan mahkamah mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membenarkan tertuduh dalam sesuatu kes menjadi saksi bagi pihak pendakwaan.

Sebelum ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram namun bekas Hakim Mahkamah Persekutuan berusia 79 tahun itu meninggal dunia pada 29 Januari lalu.

Keputusan ke atas Najib dan Arul Kanda itu sepatutnya dibuat Mohamed Zaini pada 30 Januari lalu, namun dilapangkan dan ditetapkan semula pada tarikh berkenaan.

Pasukan pendakwaan kekal dengan barisan sedia ada termasuk Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, manakala Najib dan Arul Kanda masing-masing diwakili peguam, Tan Sri Shafee Abdullah serta Datuk N Sivananthan.

Pihak pendakwaan menutup kes pada 7 September lalu, selepas memanggil 16 saksi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung selama 43 hari bermula 18 Februari 2019.

Pada 24 Jun 2022, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi bagi memberi keterangan terhadap Najib mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendakwaan kemudian menawarkan 18 saksi kepada pembelaan, antaranya bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Antara saksi utama dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang serta Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB yang dimuktamadkan Ketua Audit Negara dipinda sebelum ia dimuktamadkan semula dan dibentang kepada PAC, yang mana Najib secara langsung mempunyai kepentingan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib meminda laporan berkenaan bagi melindungi bekas Perdana Menteri itu untuk mengelak dikenakan tindakan tatatertib atau jenayah berkaitan 1MDB.

-Berita Harian

Tags: Arul KandaDatuk Seri Najib Tun RazakKes Laporan Audit 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Hamil Didakwa Tipu Tawaran Pakej Haji, Umrah

Next Post

Pemuda Maut Kemalangan Rempuh Lampu Jalan

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
Pemuda Maut Kemalangan Rempuh Lampu Jalan

Pemuda Maut Kemalangan Rempuh Lampu Jalan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd