• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diundi Ahli, Muhyiddin Layak Kekal Presiden BERSATU

oleh Mohd Arshad
11/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Diundi Ahli, Muhyiddin Layak Kekal Presiden BERSATU
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih layak untuk terus memegang jawatan itu kerana beliau dipilih menerusi pemilihan tiga tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, semua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju mengekalkan Muhyiddin di kedudukannya.

“Kita ada mesyuarat nanti dan setakat ini sebulat suara mengatakan kita mahu beliau kekal sebagai Presiden Bersatu.

“Saya perlu sebut di sini bahawa ini berbeza dengan kedudukan saya iaitu sebagai Ketua Penerangan dahulu, saya memegang jawatan lantikan. Apabila saya dilantik, saya ada tanggungjawab untuk melepaskan jawatan itu.

“Sementara Muhyiddin pula adalah seorang pemimpin yang dipilih oleh ahli-ahli. Mereka ini menuntut supaya Muhyiddin kekal dengan jawatan Presiden,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu di PGRM, di sini, semalam.

Terdahulu, Muhyiddin yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta menyerahkan kedudukannya sebagai Presiden Bersatu kepada MPT parti itu.

Beliau akan akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan badan tertinggi Bersatu itu.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat mengenai perhimpunan solidariti terhadap Muhyiddin di Putrajaya pada Khamis lalu.

-Utusan Online

Tags: BERSATUMuhyiddin YassinPresiden BERSATU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

11/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB  GOMBAK – Kehadiran ramai penyokong pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di sini malam tadi...

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Ada baiknya kita ‘berpuasa’ dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan" Demiikian saranan Penolong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd