• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Tolak 48 Permohonan Operasi Bazar Ramadan

oleh AK-47
26/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
DBKL Tolak 48 Permohonan Operasi Bazar Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan 48 tapak bazar Ramadan kerana tidak memenuhi kriteria syarat ditetapkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, DBKL telah meletakkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi bagi memastikan operasi bazar Ramadan tidak memberi kesan kepada penduduk setempat sepanjang beroperasi selama sebulan.

“Sudah tentu ketika penilaian dibuat, kita menyediakan kriteria. Kita juga lihat rekod-rekod lepas, sama ada lokasi berkenaan sesuai untuk operasi bazar atau boleh sebabkan kacau ganggu kepada kawasan kejiranan dan pembangunan sekitar.

“Selain itu, kita juga titikberatkan aspek keselamatan dan susun atur petak niaga supaya pengunjung selesa dan tidak terlalu bersesak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kekecewaan beberapa peniaga yang tidak dapat berniaga selepas permit bazar tidak diluluskan DBKL pada tahun ini.

Ditanya sama ada DBKL akan menyediakan alternatif tapak bagi membolehkan mereka berniaga, Mahadi berkata, pihaknya bersedia menyalurkan bantuan mengikut kesesuaian.

“Saya tidak pasti jika mereka kekal beroperasi di tempat yang tidak dibenarkan itu. Kalau masih beroperasi maka tindakan bersesuaian akan diambil untuk menangani isu ini.

“Kita faham mereka ingin mencari pendapatan ketika Ramadan bagi menyara keluarga. Jika ada kawasan alternatif yang dirasa sesuai sudah tentu DBKL akan melihat alternatif berkenaan,” katanya.

Tegasnya, jika lokasi tersebut tidak sesuai, DBKL tidak akan membenarkan operasi bazar dijalankan kerana dikhuatiri akan menyebabkan masalah berbangkit termasuk aspek keselamatan, kacau ganggu dan keselesaan pengunjung.

Beliau berkata, sejumlah 62 bazar Ramadan telah diluluskan DBKL bagi tahun ini yang satu daripadanya di bawah seliaan DBKL manakala 61 yang lain dikendalikan penganjur persendirian.

“Satu lokasi berada di bawah seliaan DBKL iaitu tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri membabitkan 160 petak penjaja.

“61 lokasi dikendalikan penganjur persendirian melibatkan 3,765 petak di 11 kawasan Parlimen,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: bazar ramadanDBKL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Maut Terbabas Dalam Perjalanan Ke Rumah Ibu

Next Post

Minum Air Bergaram, Pelarian Yaman Berdepan Kerosakan Buah Pinggang

Related Posts

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

‘Adakah Kerana Miskin, Ada Rekod Jenayah, Maka Itu Lesen Untuk Sesiapa Pukul Saya? – Penjual belon

06/04/2025
0

KUALA LUMPUR: 'Adakah sebab saya pernah ada kes (rekod jenayah) maka saya tidak boleh mencari rezeki halal? Salahkah saya," demikian...

Next Post
Minum Air Bergaram, Pelarian Yaman Berdepan Kerosakan Buah Pinggang

Minum Air Bergaram, Pelarian Yaman Berdepan Kerosakan Buah Pinggang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd