• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk Roy’ Direman Tiga Hari

oleh AK-47
14/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
‘Datuk Roy’ Direman Tiga Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Individu yang dikenali sebagai “Datuk Roy” telah direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan SPRM terhadap program Jana Wibawa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguamnya Fahmi Abd Moin mengesahkan dengan media bahawa Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan perintah reman sehingga 16 Mac.

Peguam itu berkata perintah itu dikeluarkan majistret Noorelyna Hanim Abd Halim.

“SPRM telah memohon reman tujuh hari. Bagaimanapun, kami membantah kerana alasan yang diberikan tidak konkrit.

“Oleh itu mahkamah membenarkan reman tiga hari sehingga 16 Mac,” kata Fahmi. SPRM diwakili oleh pegawainya Ahmad Ashraf.

Fahmi menambah, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Seksyen 17(a) menyatakan bahawa seseorang melakukan kesalahan jika “sebagai seorang ejen, dia secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh, daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan, apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau kerana memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya”

Semalam, New Straits Times melaporkan individu itu, yang dikehendaki SPRM untuk membantu siasatan berhubung skim Jana Wibawa telah menyerah diri.

Akhbar harian berbahasa Inggeris itu melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebagai berkata Mohd Hussein Mohd Nasir (atas), yang dikenali sebagai “Datuk Roy”, menyerahkan diri malam tadi.

Terdahulu, Bernama melaporkan pihak berkuasa sedang mencari lelaki berusia 54 tahun itu dan menggesa orang ramai tampil bagi memberi maklumat.

Laporan itu mencadangkan bahawa individu itu adalah “dalang” kegiatan jenayah.

Pihak berkuasa setakat ini telah mendakwa tiga ahli politik – termasuk bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan – berhubung skim Jana Wibawa.

Skim Jana Wibawa telah dilancarkan pada 2020 sebagai satu cara untuk membantu kontraktor bumiputera yang terjejas semasa pandemik Covid-19.

-Malaysia Kini

Tags: Datuk RoyKes Jana Wibawareman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyerang Kamal Adli Berdepan Hukuman Penjara Hingga Tujuh Tahun

Next Post

Bungkusan Ganja Kepada Ahli Politik: Belum Ada Tangkapan – Polis

Related Posts

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

14/05/2025
0

Teluk Intan: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat...

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Next Post
Bungkusan Ganja Kepada Ahli Politik: Belum Ada Tangkapan – Polis

Bungkusan Ganja Kepada Ahli Politik: Belum Ada Tangkapan – Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd