• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwa Rayer Hina UMNO, Dewan Rakyat Jadi Kecoh

oleh Mohd Arshad
27/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dakwa Rayer Hina UMNO, Dewan Rakyat Jadi Kecoh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada sesi petang kecoh seketika apabila Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mendakwa RSN Rayer (PH-Jelutong) menyebut UMNO parti celaka yang dianggap sebagai penghinaan kepada orang Melayu dan orang Islam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Tarmizi ketika perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, perkara itu dinyatakan Rayer ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima sebelum ini.

“Saya nak bertanya, bagaimana kenyataan ADUN Seri Delima dulu yang hari ini menjadi Ahli Parlimen Jelutong, satu ketika beliau menyatakan satu penghinaan.

“Beliau menyebut UMNO parti celaka dan ketika itu ia dianggap sebagai penghinaan kepada orang Melayu dan orang Islam,” katanya.

Rayer tidak lama selepas itu bangun sambil meminta Ahmad Tarmizi menarik balik kenyataan dibuatnya dan memohon maaf kerana beliau didapati tidak bersalah apabila ia diputuskan di mahkamah.

Rayer turut berkata, peguam belanya dalam kes itu di mahkamah iaitu Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo turut hadir di Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul yang mengendalikan mesyuarat kemudian meminta Ahmad Tarmizi menarik balik kenyataan dibuatnya selepas menilai mengenai keputusan mahkamah itu.

Bagaimanapun, Ahmad Tarmizi mengambil masa untuk melaksanakan hasrat Rayer walaupun didesak beberapa kali oleh Johari dengan hanya berkata ‘ok’.

Tidak lama kemudian, situasi kekecohan itu berlarutan apabila Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) membangkitkan pula perkataan dikeluarkan Rayer apabila mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) pernah berkata PAS sebagai parti ajaran sesat.

Ayat itu dikeluarkan Rayer ketika gilirannya sewaktu berbahas peringkat jawatankuasa bagi KDN.

Ahmad Fadhli menggesa Rayer menarik balik ayat itu kerana beliau menggunakan perkataan ‘masih’ menuduh Muhyiddin.

“Tadi saya terdengar Jelutong (Rayer) menyebut ayat berbanding Pagoh yang ‘masih’ berpendirian bahawa PAS parti ajaran sesat…macam mana Jelutong boleh tahu Pagoh masih berpendirian PAS parti ajaran sesat?

“Ini satu tuduhan, mana-mana ahli mengeluarkan kenyataan di dewan,” katanya.

Ketegangan itu akhirnya reda selepas Rayer bersetuju membetulkan semula ayat yang diungkapkannya.

“Saya akan rephrase (betulkan ayat) semula,” katanya.

BHonline-

Tags: Dewan RakyathinaRSN RayerUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kursus Praperkahwinan Mungkin Diwajibkan Kepada Pasangan Bukan Islam

Next Post

Pengguna Mengeluh Ada Peniaga Naikkan Harga Aayam

Related Posts

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post
Pengguna Mengeluh Ada Peniaga Naikkan Harga Aayam

Pengguna Mengeluh Ada Peniaga Naikkan Harga Aayam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd