• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bendahari BERSATU Direman Sebagai Tekanan – Hamzah

oleh AK-47
04/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Bendahari BERSATU Direman Sebagai Tekanan – Hamzah
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa tahanan reman ke atas bendahari parti itu, Datuk Mohd Salleh Bajuri adalah sebahagian daripada tekanan diberikan kepada pegawai dan pemimpin Bersatu dengan mencari kesalahan tidak wujud.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa, begitu juga tindakan menjalankan siasatan ke atas vendor-vendor Bersatu merupakan sebahagian daripada pemburuan politik kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasioanl yang masih berterusan.

Menurut Hamzah, Mohd Salleh telah ditahan reman selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Mac lepas.

“Sebelum itu pada 1 Mac lalu, beliau telah diminta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Ia bertujuan untuk memberikan penjelasan berkenaan pembayaran yang dibuat oleh Bersatu kepada pembekal dan vendor Bersatu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelas beliau, Mohd Salleh telah memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung siasatan SPRM sejak Januari lepas.

“Setiap kali dipanggil, beliau hadir selain setiap kali ada permintaan dokumen, beliau serahkan.

“Tidak pernah beliau menolak permintaan SPRM walaupun diminta pada saat-saat akhir,” ujarnya.

Bagaimanapun, Hamzah memaklumkan pada 1 Mac lepas, Mohd Salleh sekali lagi dipanggil secara tergesa-gesa dan apabila hadir untuk memberi keterangan, beliau ditahan reman oleh SPRM.

“Sebenarnya tiada sebab yang munasabah untuk SPRM memohon penahanan reman Mohd Salleh atas alasan siasatan kerana beliau sentiasa hadir dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya setiap kali diperlukan,” dakwanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, penyata kewangan Bersatu telah diaudit setiap tahun dan diluluskan dalam Persidangan Agung Tahunan.

Tambahnya lagi, tiada sebarang perkara tidak teratur ditemui dalam penyata kewangan tersebut yang telah disahkan oleh juruaudit bertauliah.

Beliau menambah, Mohd Salleh merupakan seorang Bendahari Agung yang beramanah dan berintegriti telah memastikan semua perolehan yang dibuat oleh Bersatu melalui proses dan tatacara kewangan parti.

Justeru, Hamzah berkata pihaknya menyeru supaya kerajaan PH-BN berhenti melakukan pemburuan politik yang tidak berkesudahan ke atas Bersatu.

“Terimalah hakikat bahawa pucuk pimpinan Bersatu tidak melakukan sebarang kesalahan di sisi undang-undang,” dakwanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Mohd Salleh Bajuri ditahan pada Selasa untuk membantu siasatan berhubung perbelanjaan dana parti berkenaan.

1 Februari lalu, SPRM mengesahkan telah membekukan beberapa akaun milik Bersatu untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor juga sudah dipanggil SPRM pada 16 Februari bagi memberi keterangan berkaitan isu membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima parti Bersatu.

-Sinar Harian

Tags: BERSATUHamzah Zainuddinreman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

11/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB  GOMBAK – Kehadiran ramai penyokong pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di sini malam tadi...

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Ada baiknya kita ‘berpuasa’ dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan" Demiikian saranan Penolong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd