• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Telur Ayam Di Ibu Negara Stabil

oleh Mohd Arshad
26/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekalan Telur Ayam Di Ibu Negara Stabil
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Bekalan telur ayam yang dijual di ibu negara dilihat stabil sehingga kini dan tidak sukar bagi orang ramai untuk memperolehnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan Harian Metro di beberapa kedai di Chow Kit mendapati, masih banyak telur ayam yang dijual.

Penjaga roti John di bazar Ramadan Sri Rampai, Fikri Fahar, 26, berkata, sehingga kini dia tidak berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalannya.

“Setakat ini alhamdulillah tak ada masalah. Kalau stok kurang pun, sehari dua selepas itu dia (kedai) akan tambah balik.

“Macam saya berniaga pakai telur sama ada gred A atau B. Kalau tidak ada gred A, saya pakai gred B,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini hari ini.

Dia juga berharap agar stok telur ayam yang dijual ini konsisten dari segi harga dan mudah untuk didapati.

“Lagi baik setiap hari ada stok. Ini kerana saya memberi 10 papan telur ayan setiap hari untuk berniaga di bazar Ramadan,” katanya.

Pekerja swasta, Zainal Abidin Hassan, 59, berkata, dia tidak berdepan masalah untuk membeli telur ayam di kedai.

“Kalau satu, dua papan itu senang, tak ada masalah nak dapatkan. Telur ayam pun banyak di kedai.

“Saya pun harap bekalan telur ayam ini konsisten sehinggalah raya mudah untuk didapati dan harganya juga tidak naik.

“Setakat ini saya tengok harga telur ayam seperti gred B tidak berubah iaitu RM12.90 di beberapa kedai,” katanya.

Sementara, Ketua Pegawai Eksekutif Fiya Global Trading, B Muniandy pula berkata, bekalan telur ayam yang ada di pasaran adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran.

Katanya, sejak dua hari ini, permintaan orang ramai terhadap telur ayam berkurang dan disebabkan itu senang untuk diperoleh.

“Macam semalam saya beli 377 papan telur ayam daripada pembekal. Sehingga hari ini, hanya 50 papan yang terjual.

“Saya juga tidak mengehadkan pembelian telur. Bagi saya, siapa cepat dia dapat. Kalau sudah habis, kena tunggu penghantaran oleh pembekal seterusnya,” katanya.

Dia juga turut menjangkakan permintaan untuk bekalan telur ayam ini akan meningkat menjelang Aidilfitri.

“Lagi seminggu menjelang Aidilfitri mungkin akan cepat habis sebab orang nak nak buat kek atau kuih raya,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Bekalan Teluribu negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di negara ini kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd