• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bah Johor: Jumlah Mangsa Berkurangan

oleh Mohd Arshad
11/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bah Johor: Jumlah Mangsa Berkurangan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini bertambah baik apabila jumlah mangsa yang masih menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan menjadi 44,779 orang setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jumlah itu membabitkan 12,683 keluarga yang ditempatkan di 169 PPS di empat daerah berbanding seramai 44,937 mangsa daripada 12,730 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, Batu Pahat merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 39,951 mangsa daripada 11,169 keluarga, diikuti Muar dengan 2,534 mangsa, Tangkak (1,662) dan Segamat (632).

“Daerah Mersing pulih sepenuhnya selepas tiga PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Labong, SK Bandar Endau dan Dewan Serbaguna Endau yang menempatkan 47 penduduk daripada 14 keluarga ditutup hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada amaran hujan lebat berterusan pada hari ini.

Sebanyak lapan sungai yang berada di bawah kategori paras air berbahaya mulai menunjukkan trend penurunan, iaitu Sungai Muar di Muar serta Sungai Bekok, Sungai Sembrong, Sungai Simpang Kanan dan Sungai Simpang Kiri di Batu Pahat.

Sebanyak 17 laluan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan di lapan daerah, antaranya Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Muar-Labis, Muar; Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram, Kulai dan Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang.

UtusanOnline-

Tags: BanjirJohormangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd