• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bah Johor: 40,141 Mangsa Di 202 PPS

oleh Mohd Arshad
08/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bah Johor: 40,141 Mangsa Di 202 PPS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini tidak menunjukkan banyak perubahan apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di 202 pusat pemindahan sementara (PPS) seramai 40,141 orang daripada 11,468 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 40,008 mangsa yang ditempatkan di 200 PPS pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, lapan daerah masih terjejas akibat banjir dengan Batu Pahat menempatkan paling ramai mangsa seramai 27,774 orang.

“Ini diikuti daerah Muar dengan 4,080 mangsa, Tangkak (2,536), Segamat (2,034), Kluang (1,310), Kota Tinggi (1,138), Mersing (1,162) dan Pontian (107).

“Daerah Kulai dan Johor Bahru yang sebelum ini turut terjejas kembali pulih apabila kesemua PPS yang dibuka di dua daerah berkenaan telah ditutup,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi memberitahu, jumlah mangsa yang maut akibat banjir kekal lima orang.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan dan ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini membabitkan kesemua 10 daerah.

Sebanyak 10 sungai di tiga daerah masih diletakkan di bawah kategori paras air berbahaya, antaranya Sungai Muar, Sungai Bekok, Sungai Batu Pahat dan Sungai Sembrong.

Sebanyak 40 laluan dan susur masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, antaranya Jalan Bekok, Jalan Senai-Gemas, Jalan Sungai Mati-Bukit Serampang, Jalan Panchor, Jalan Kuala Paya-Balai Badang, Jalan Kampung Liang Batu dan Jalan Semaloi.

UtusanOnline-

Tags: BanjirJohormangsa banjirPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd