• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badruddin Pertahan Pengerusi Tetap UMNO

oleh Mohd Arshad
19/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Badruddin Pertahan Pengerusi Tetap UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin mempertahan jawatan, selepas memperoleh keputusan majoriti undi bahagian pada pemilihan kali ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setakat jam 11.50 malam ini, beliau sudah memperoleh 100 undi, melepasi separuh daripada 189 Bahagian UMNO yang bersidang hari ini.

Badruddin dilantik sebagai Pengerusi Tetap UMNO menggantikan Tan Sri Onn Ismail sejak 2007.

Berdasarkan keputusan semasa itu, kombinasi tiga pemimpin iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani terus menguasai kedudukan bagi saingan naib presiden.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang memperoleh 82 undi, sementara Mohamed Khaled yangj juga penyandang jawatan naib presiden di kedudukan kedua dengan 74 undi dan Johari yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan memperoleh 65 undi.

Jurang undi bagi tiga pemimpin itu semakin melebar berbanding calon yang berada di kedudukan keempat hingga kelapan.

-Berita Harian

Tags: Badruddin Amiruddinpemilihan UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd