• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

oleh Mohd Arshad
29/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sekali gus menamatkan khabar angin politik yang melanda pentadbiran negeri itu, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata Sulaiman menyerahkan surat itu ketika pertemuan di Parlimen, semalam.

“Saya mengesahkan bahawa saya sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk mengemukakan nama yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu.

“Saya harap Yang Dipertua Negeri menerima dan mempertimbangkan nama-nama yang saya kemukakan (Ketua Menteri baharu) dan tarikh majlis angkat sumpah akan diputuskan oleh Yang Dipertua Negeri,” katanya pada sidang media, di sini.

Terdahulu, beliau melancarkan program ‘Santunan Kasih Ramadan’ Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Al-Falah Kampung Lebu, hari ini.

Ditanya mengenai khabar angin Ab Rauf akan dipilih untuk jawatan tertinggi kerajaan negeri itu, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak boleh mengesahkan atau menafikannya.

“Lebih baik tunggu pengumuman daripada negeri itu,” katanya.

Mengenai perbincangan peletakan jawatan Sulaiman akan membuka jalan kepada Kerajaan Perpaduan di Melaka, Zahid berkata, ia boleh berlaku tetapi semua orang perlu menunggu perkembangan apabila Ketua Menteri baharu akan mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama selepas Aidilfitri.

Sebelum ini, media melaporkan Sulaiman dijangka meletak jawatan esok dengan nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kembali disebut bakal dilantik sebagai Ketua Menteri baharu.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Sulaiman Md Alipeletakan jawatanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd