• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Tewaskan Hasni Di Pontian

oleh AK-47
19/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ahmad Maslan Tewaskan Hasni Di Pontian
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN : Selepas 22 tahun menerajui UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad, tewas kepada timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan dalam pertandingan merebut jawatan berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO meraih 388 undi manakala Hasni yang juga bekas Pengerusi UMNO Johor pula mendapat 291 undi.

Seramai 690 perwakilan daripada 117 cawangan terbabit dalam proses pemilihan kali ini yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

Hasni telah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2001, manakala Ahmad pula menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2008.

Pertembungan di antara Hasni dan Ahmad bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian disifatkan antara pertandingan ketua bahagian paling sengit pada pemilihan UMNO kali ini.

Hasni berbekalkan reputasi besar apabila 22 tahun menerajui UMNO Bahagian Pontian, apatah lagi beliau pernah menjadi Pengerusi UMNO Johor dari 2018 hingga Januari lalu.

Beliau juga dilantik sebagai Menteri Besar Johor selama dua tahun pada 2020, selain menjadi Ketua Pembangkang Johor, dua tahun sebelumnya.

Paling cemerlang apabila Hasni berjaya mengemudi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun lalu, selepas mencatat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi.

Ahmad juga adalah pemimpin berpengalaman, apatah lagi beliau adalah Ahli Parlimen Pontian sejak 2008 dan aktif terbabit dengan pelbagai aktiviti turun padang dan bertemu masyarakat Pontian.

Ahmad berpengalaman luas apabila pernah menjawat pelbagai jawatan tertinggi parti peringkat nasional termasuk dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO pada 2009 selain Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN pada 2012.

Ahmad juga ketika ini menjawat jawatan Timbalan Menteri termasuk Timbalan Menteri Kewangan I, selain pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa I (2015-2018), Timbalan Menteri Kewangan II (2013-2015) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2009-2013).

-Berita Harian

Tags: Ahmad Maslanhasni mohammadpemilihan UMNOPontian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd