• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Suspek Ahli Sindiket Dadah Dicekup

oleh AK-47
03/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
6 Suspek Ahli Sindiket Dadah Dicekup
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya : Enam lelaki disyaki ahli sindiket mengedar dadah ditahan bersama 4.92 kilogram (kg) ganja dalam dua serbuan di sini, Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam serbuan pertama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 27 tahun dalam Toyota Fortuner di parkir kondominium di Sri Damansara, di sini pada 6.30 petang.

“Hasil pemeriksaan menemui dua ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat 2.03 kg. Ketiga-tiga suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan maklumat daripada serbuan pertama, polis menahan tiga lagi lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun dalam serbuan kedua di rumah di Sungai Buloh pada 7.45 malam.

“Pemeriksaan dalam rumah menemui dadah jenis ganja dianggarkan seberat 2.89 kg. Turut disita tiga kenderaan jenis Isuzu D-Max, Proton Saga dan Perodua Myvi.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek 4 dan 5 positif dadah jenis tetrahydrocannabinol manakala suspek enam negatif,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati, seorang daripada suspek dalam serbuan pertama mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah manakala yang lain tiada sebarang rekod.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dadah kedua-dua serbuan dianggarkan RM12,320.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (1)(a) akta sama yang membawa hukuman mati,” katanya.

-Harian Metro

Tags: dadahSindiket Dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd