• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50,000 Komputer Riba Bakal Diagih Ke Semua Sekolah

oleh Mohd Arshad
19/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
50,000 Komputer Riba Bakal Diagih Ke Semua Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan pemberian 50,000 komputer riba kepada sekolah di seluruh negara tahun ini, bagi tujuan pembelajaran menggunakan buku teks digital.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata pihaknya dalam proses membuat agihan sebaik peruntukan diluluskan.

Jika berjalan lancar, katanya, agihan akan diselesaikan dalam tahun semasa.

“Agihan akan dibuat mengikut formula yang sedang dibincang dan diperkemaskan supaya semua sekolah mendapat bekalan komputer riba yang boleh digunakan untuk pengajaran, khususnya dalam penggunaan buku teks digital serta lain-lain bahan.

“Video pembelajaran dan contoh ada yang boleh dimuat turun oleh guru apabila ingin menggunakan bahan-bahan ini menerusi komputer riba yang dibekalkan untuk pengajaran di sekolah masing-masing.

“Sekolah di luar bandar tentulah menggunakan secara offline, namun bagi sekolah di bandar yang cukup kemudahannya boleh memuat turun dan membuat capaian melalui internet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Pengoperasian Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademi 2023/2024 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa di sini, hari ini.

Pkharuddin berkata, buku teks digital itu sudah 70 peratus siap untuk kegunaan pelajar sejak diperkenalkan pada 2021.

“Penggunaan buku teks digital perlu disokong dengan peralatan, peranti atau komputer riba yang dicapai secara dalam talian yang sudah tentunya memerlukan capaian internet.

“Dengan ini, buku teks digital ini boleh kita bekalkan dalam bentuk ‘storage’ yang boleh dibawa masuk ke dalam peranti atau komputer riba,” katanya.

“Insya-Allah kita bergerak ke arah melaksanakan Dasar Pendidikan Digital dan dalam proses membawanya ke peringkat jemaah menteri.

“Sekiranya diluluskan, hala tuju kita kelak adalah ke arah pendidikan bersifat digital supaya anak-anak mendapat sumber pembelajaran lebih menarik serta difahami dan pada masa sama memberi impak yang besar kepada kefahaman mereka,” katanya.

-Berita Harian

Tags: komputer riba
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan Rasmi Naib Presiden UMNO Dijangka Ambil Masa Hingga 72 Jam

Next Post

Shamsul Anuar Peroleh Undi Tertinggi Jawatan MKT UMNO

Related Posts

134 Pelajar UUM Terima Komputer Riba

134 Pelajar UUM Terima Komputer Riba

28/06/2022
0

SINTOK - Seramai 134 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari golongan berpendapatan rendah (B40) menerima komputer riba sumbangan FWD Takaful...

Bantuan Komputer Riba Untuk B40 Dipercepat Ke Februari

27/01/2021
0

PUTRAJAYA - Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipercepatkan kepada bulan...

Next Post
Shamsul Anuar Peroleh Undi Tertinggi Jawatan MKT UMNO

Shamsul Anuar Peroleh Undi Tertinggi Jawatan MKT UMNO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd