• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender

oleh Mohd Arshad
28/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender
Share on FacebookShare on Twitter

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang bekas pelajar lengkap bersenjata membunuh tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dalam serangan yang dirancang secara teliti di sebuah sekolah rendah swasta di Nashville semalam sebelum penyerang ditembak mati oleh polis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Nashville, John Drake menamakan suspek sebagai Audrey Hale, 28, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai wanita transgender (mak nyah).

“Hale meninggalkan manifesto, mempunyai peta sekolah yang memperincikan kamera pengawasan dan pintu keluar masuk, manakala penyerang bersedia bertempur dengan anggota penguatkuasaan undang-undang,” katanya kepada pemberita. Ia merupakan keganasan senjata api terbaru yang mengejutkan Amerika Syarikat (AS).

Dalam wawancara bersama saluran berita NBC News, Drake berkata, suspek dipercayai merancang serangan lebih luas kerana manifesto itu menunjukkan dia menyasarkan beberapa lokasi lain selain sekolah berkenaan.

Bersenjatakan sekurang-kurangnya dua laras raifal tempur dan sepucuk pistol, Hale menceroboh sekolah The Covenant School yang merupakan sebuah akademi Kristian, menerusi pintu sisi dan menembak sebuah pintu seterusnya masuk ke dalam bangunan sekolah. Dia kemudian melepaskan berdas-das tembakan rambang semasa mara di dalam bangunan, kata polis.

Polis telah mengenal pasti identiti keenam-enam mangsa terbabit dan berkata, seorang daripada tiga kanak-kanak itu berumur lapan tahun dan dua lagi berusia sembilan tahun, manakala orang dewasa yang terbunuh berusia antara 60 hingga 61 tahun.

Kosmo-

Tags: Amerika Syarikatkanak-kanakMembunuhtransgender
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd