• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Bekas Pegawai Bank Goldman Sachs, Roger Ng Dijel 10 Tahun

oleh AK-47
10/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
1MDB: Bekas Pegawai Bank Goldman Sachs, Roger Ng Dijel 10 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Mahkamah Amerika Syarikat (AS) di New York pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng berikutan penglibatannya dalam skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Juri New York pada April 2022 mendapati Roger bersalah dalam skim yang melibatkan dana pelaburan 1MDB berikutan keterangan daripada seorang lagi bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner dan seorang lagi rakan subahatnya.

Jumlah rampasan akan ditentukan kemudian, kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan akhbar.

“Roger Ng adalah pemain utama dalam skim yang bukan sahaja menganiaya rakyat Malaysia tetapi juga berisiko menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, pasaran, perniagaan dan institusi lain pada skala global.

“Hukuman hari ini adalah hukuman yang adil untuk jenayah defendan dan menjadi satu amaran bahawa terdapat harga yang besar perlu dibayar untuk rasuah korporat,” kata Peguam AS Breon Peace.

Dana 1MDB ditubuhkan untuk mempromosikan ekonomi Malaysia, tetapi dirompak dalam skandal yang menggugat politik negara dan mencemarkan reputasi Goldman.

Menurut Jabatan Kehakiman AS (DOJ), Roger dan rakan subahatnya membayar lebih daripada AS$1 bilion (RM4.5 bilion) rasuah kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan tiga transaksi bon besar untuk Goldman dengan 1MDB.

Tambah kenyataan DOJ, sebahagian daripada wang itu dibelanjakan untuk barangan mewah, seperti lukisan Jean-Michael Basquiat bernilai AS$51 juta (RM230 juta) dan beg tangan Hermes.

Leissner yang mengaku bersalah pada Ogos 2018 atas dua pertuduhan jenayah dan kini sedang menunggu hukuman.

-Sinar Harian

Tags: Goldman SachsKes 1MDBRoger Ng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kucing Batu Mati Dilanggar

Next Post

Gambar UFO Didakwa Dirakam Di Scotland

Related Posts

Tun M Minta Polis Beri Taklimat Siasatan 1MDB, 5 Hari Lepas Angkat Sumpah PM

Tun M Minta Polis Beri Taklimat Siasatan 1MDB, 5 Hari Lepas Angkat Sumpah PM

07/04/2025
0

Putrajaya: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada memanggil polis untuk memberikan taklimat mengenai...

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

16/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau bersemuka dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih...

Next Post
Gambar UFO Didakwa Dirakam Di Scotland

Gambar UFO Didakwa Dirakam Di Scotland

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd