• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga India Bunuh, Tanam Mayat Suami Kekasih Direman Seminggu

oleh AK-47
05/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Warga India Bunuh, Tanam Mayat Suami Kekasih Direman Seminggu
Share on FacebookShare on Twitter

Subang Jaya : Lelaki warga India yang dipercayai membunuh dan menanam mayat suami kekasihnya di belakang sebuah banglo direman selama tujuh hari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan bersama kekasihnya yang juga isteri mangsa berusia 25 tahun semalam.

“Sebelum ini, pasangan kekasih warga India itu ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pasport dan mereka ditahan semula semalam selepas suspek lelaki terbabit mengaku terbabit dalam kes pembunuhan berkenaan.

“Kedua-dua suspek berkenaan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 11 Februari nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Azlan berkata, dua wanita tempatan serta seorang wanita warga Indonesia yang ditahan kelmarin, pula disambung reman selama dua hari bermula hari ini hingga esok.

“Selepas ditahan kelmarin, mahkamah membenarkan tiga wanita berkenaan direman selama dua hari sehingga hari ini. Justeru, kita mohon untuk sambung reman mereka hari ini untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kita sudah merakam keterangan tiga orang awam bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan baru dibuat sehingga kini.

“Proses bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dibuat Rabu ini,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan tembelang seorang lelaki warga India yang dipercayai membunuh dan menanam mayat suami kekasihnya pada Mei tahun lalu di belakang sebuah banglo terbongkar selepas polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan pengakuan dibuat suspek pada Khamis lalu.

Susulan itu, polis menahan isteri mangsa, kekasihnya, dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun yang bekerja di banglo terbabit yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua bagi membantu siasatan.

-Harian Metro

Tags: bunuhremanTanam Mayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd