• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tidak Mengaku Sedia Klinik Pergigian Haram

oleh AK-47
13/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Wanita Tidak Mengaku Sedia Klinik Pergigian Haram
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan menyediakan klinik pergigian swasta yang tidak didaftarkan serta menjalankan amalan pergigian secara tidak sah, September lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Intan Nazirah Mohd Rofi, 20, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Maimoonah Aid bagi menukar pengakuan bersalah yang dibuatnya pada prosiding sebelum ini.

Pada 27 Januari lalu, OKS mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu, menyebabkan mahkamah menetapkan hari ini untuk fakta dan hukuman.

OKS didakwa melakukan dua kesalahan itu pada 9 malam, 14 September lalu di sebuah premis di Kampung Pak Mahat di sini.

Bagi kesalahan menyediakan klinik pergigian tidak berdaftar, OKS didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 manakala, pertuduhan menjalankan amalan pergigian tidak sah dibuat mengikut Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018.

Setiap pertuduhan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pengakuan baharu OKS hari ini, Maimoonah menetapkan 24 Februari ini sebagai sebutan semula kes.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Haznita Zainal Abidin manakala peguam Muhamad Saifuldin Ab Rahman menyebut bagi pihak Ghazali Ismail yang mewakili OKS.

-Harian Metro

Tags: Klinik Pergigian Haram
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khidmat Feri Ke Langkawi Dari Terminal Kuala Perlis Dihentikan Pada 1 Dan 2 Mac

Next Post

Angka Korban Gempa Bumi Turkiye, Syria Diramal Cecah 50,000

Related Posts

No Content Available
Next Post
Angka Korban Gempa Bumi Turkiye, Syria Diramal Cecah 50,000

Angka Korban Gempa Bumi Turkiye, Syria Diramal Cecah 50,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd