• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Didakwa Guna Dokumen Palsu Mohon Biaya MARA

oleh AK-47
14/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Wanita Didakwa Guna Dokumen Palsu Mohon Biaya MARA
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu : Seorang bekas pemilik syarikat dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi memohon pembiayaan projek pembersihan bernilai RM150,000.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Sarah Diana Michele Durai, 44, didakwa menggunakan dokumen Surat Tawaran Kerja-Kerja Projek Membersih Kawasan Kem Lok Kawi, di sini, bagi tempoh kontrak dari 1 April 2014 sehingga 1 April 2015, bertarikh 21 Mac 2014 yang sebenarnya adalah palsu.

Wanita itu didakwa menggunakan dokumen itu untuk memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress bernilai RM150,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permohonan berkenaan didakwa dibuat atas nama syarikat milik tertuduh iaitu Kekal Bersama SZ Enterprise yang dikemukakan kepada Pejabat MARA Negeri Sabah di Ruang Singgah Mata 4, Asia City, di sini, pada 25 Mac 2014.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan RM5,000 deposit selain seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua bulan sekali, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Selain itu tertuduh turut diberi amaran tidak mengganggu saksi pendakwaan bagi mengelak ikat jamin yang diberikan mahkamah dibatalkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, manakala tertuduh diwakili peguam Sylvester Kuan dan Siti Mahsuri Dicky.

Sebutan semula untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan (PTCM) ditetapkan pada 12 April depan.

-Harian Metro

Tags: Dokumen PalsuMARA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tidak Mansuhkan Bayaran PTPTN

Next Post

Anwar Akan Ke Turkiye Malam Ini, Jemputan Khas Erdogan

Related Posts

2 Pegawai Jabatan Belia Dan Sukan Didakwa Guna Dokumen Palsu

2 Pegawai Jabatan Belia Dan Sukan Didakwa Guna Dokumen Palsu

18/03/2025
1

Seremban: Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan menggunakan invois...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

Next Post
Anwar Akan Ke Turkiye Malam Ini, Jemputan Khas Erdogan

Anwar Akan Ke Turkiye Malam Ini, Jemputan Khas Erdogan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd