• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unjuran Inflasi Tahun Ini Dinaikkan

oleh Mohd Arshad
26/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Unjuran Inflasi Tahun Ini Dinaikkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Indeks harga pengguna (IHP), penanda aras utama inflasi, bagi tahun ini telah disemak semula kepada lebih tinggi kepada 2.8 peratus hingga 3.8 peratus tahun ke tahun (yoy) berbanding 2.8 peratus hingga 3.3 peratus sebelum ini, demikian mengikut penganalisis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut TA Securities, sewaktu ucapan belanjawan Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan yang unjuran inflasi adalah sama dengan yang direkodkan pada 2022, 3.3 peratus.

“Tinjauan inflasi akan dipengaruhi oleh turun naik kadar pertukaran asing dan gangguan bekalan yang berpanjangan.

“Menurut Kementerian Kewangan (MoF), perubahan 1.0 peratus kadar pertukaran dan harga minyak mentah akan mempunyai kesan masing-masing 0.3 mata peratusan dan 0.1 mata peratusan terhadap inflasi,” katanya dalam nota penyelidikan.

Mengulas lanjut firma penyelidikan itu berkata, selain sokongan fiskal, pihaknya percaya dasar monetari yang akomodatif akan terus menyokong pertumbuhan.

“Dengan memberi nafas baharu kepada data ekonomi domestik termasuk ramalan inflasi yang lebih kukuh membolehkan ruang untuk menormalisasi kadar faedah.

“Kami mengunjurkan yang Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus, kenaikan 50 mata asas (bps) lebih tinggi dari tahap semasa, dengan mengambil kira langkah yang telah diambil oleh Rizab Persekutuan AS.

“Ini menunjukkan dua kenaikan kadar faedah lagi tahun ini selepas menaikkan 100 bps tahun lalu. Mesyuarat MPC seterusnya dijadualkan pada 8-9 Mac ini,” katanya.

Tambahnya, pembukaan sempadan China juga seharusnya baik untuk ekonomi negara.

“Penyambungan semula ketibaan pelancong dari China dijangka meningkatkan industri penerbangan, menghidupkan semula sektor pelancongan dan sektor runcit serta penginapan.

“Perkara yang meraih manfaat adalah perdagangan global di mana pemulihan dalam aktiviti ekonomi China akan membantu meningkatkan permintaan global untuk barangan dan seterusnya, menyokong prestasi eksport Malaysia.

“Pada 2022, China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, yang masing-masing membentuk kira-kira 13.6 peratus dan 21.3 peratus daripada jumlah eksport dan import Malaysia,” katanya.

BHonline-

Tags: Indeks Harga PenggunaInflasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan...

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan langkah mitigasi impak kenaikan harga menerusi penyasaran subsidi diesel dan pemberian bantuan tunai, dijangka tidak memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd