• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tugas Polis Terima Laporan Dalam Apa Jua Situasi’ – Musa Hassan

oleh Mohd Arshad
05/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Tugas Polis Terima Laporan Dalam Apa Jua Situasi’ – Musa Hassan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Adalah menjadi tugas polis untuk menerima laporan dibuat oleh orang awam dalam apa jua keadaan dan bukan hanya kes ‘hidup dan mati’.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata isu pakaian bagi orang awam ke balai polis sepatutnya tidak harus menjadi soal, kerana perkara paling utama adalah mereka memerlukan bantuan.

“Tiada sesiapa yang akan pergi ke balai polis untuk membuat laporan, melainkan mereka terpaksa kerana memerlukan bantuan polis.

“Ia bukan sahaja dalam kes hidup dan mati, oleh itu tidak kira bagaimana seseorang harus berpakaian. Adalah menjadi tugas polis untuk menerima laporan dalam apa jua situasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Twitter mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, semalam bahawa kelonggaran kod etika pemakaian bagi orang awam yang mahu membuat aduan atau sebarang urusan lain di balai polis, hanya wajar diberikan jika membabitkan kes kecemasan serius seperti ‘hidup dan mati’.

Acryl Sani berkata, sekiranya tidak membabitkan kes kecemasan seumpamanya, semua pihak perlu akur pada kod etika berpakaian itu yang selaras dengan prinsip kelima dalam Rukun Negara, kesopanan dan kesusilaan.

Tegasnya, tatacara pemakaian yang ditetapkan kerajaan itu bukan khusus kepada balai polis semata-mata, sebaliknya terpakai untuk semua pihak yang mahu berurusan di mana-mana premis kerajaan.

Terdahulu, dalam satu insiden Isnin lalu, seorang wanita yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk membuat laporan mengenai insiden nahas jalan raya, tidak dibenarkan masuk kerana memakai pakaian yang didakwa tidak bersesuaian.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, dilaporkan berkata, anggota pengawal bertugas tidak membenarkan wanita berusia 30-an itu masuk ke IPD Kajang selepas mendapati wanita terbabit memakai seluar pendek paras paha (di atas paras lutut).

Wanita itu kemudian dinasihati memakai pakaian bersesuaian jika mahu berurusan di premis kerajaan, namun tidak berpuas hati dan enggan mengikut arahan serta memprovokasi anggota bertugas.

Anggota terbabit sekali lagi menasihatinya menukar seluar yang lebih bersesuaian jika ingin berurusan di balai polis, sebelum wanita itu akhirnya akur dan kembali semula ke IPD Kajang kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian bersama dua rakannya, dengan memakai seluar panjang.

-Berita Harian

Tags: Musa Hassanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd