• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kemelut Politik Jika Episod Sebelum Pengunduran PM7 Tak Berlaku

oleh AK-47
13/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tiada Kemelut Politik Jika Episod Sebelum Pengunduran PM7 Tak Berlaku
Share on FacebookShare on Twitter

Negara tidak akan berdepan dengan kemelut politik yang berpanjangan jika kejadian yang membawa kepada peletakan jawatan perdana menteri ketujuh tidak berlaku, titah Yang di-Pertuan Agong.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad apa yang berlaku itu membawa poltik Malaysia berada dalam keadaan tidak menentu.

Menyampaikan titah diraja semasa istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Parlimen hari ini baginda mengimbas semula bagaimana kemelut politik tanah air berlaku

Ia kemudian membawa kepada pertukaran empat perdana menteri selepas satu pilihan raya umum sebelum baginda diminta memberi perkenan membubarkan parlimen.

“Beta tak berniat untuk mencampuri urusan politik negara, apatah lagi untuk mengatur percaturan landskap politik tanah air.

“Pada pengamatan beta secara peribadi, jika episod yang membawa kepada peletakkan jawatan perdana menteri ketujuh tidak berlaku, nescaya kemelut politik yang berlarutan sehingga kepada PRU ke-15 juga akan dapat dielakkan.

“Lebih penting lagi kemelut politik yang membelenggu negara hampir empat tahun lamanya boleh dielakkan jika semua ahli yang berhormat dan ahli politik negara bersedia untuk mengetepikan perbezaan dan bersatu padu semata-mata atas dasar untuk menjaga kepentingan rakyat beta dan negara yang kita cinta ini,” titahnya.

Menurut baginda, kemelut yang melanda negara sebelum ini merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakannya.

Penyampaian ucapan titah ketika itu dalam nada yang agak santai disambut dengan ketawa oleh ahli-ahli parlimen.

Agong tidak menyebut secara khusus insiden pembelotan sekumpulan ahli parlimen PH yang meninggalkan gabungan berkenaan sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan.

Bagaimanapun untuk rekod langkah 11 ahli parlimen PKR diketuai Azmin Ali – ketika itu menjadi timbalan presiden – serta tindakan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu meninggalkan PH menjadi punca kejatuhan kerajaan yang sebelum itu mendapat mandat daripada rakyat.

Khuatir perbalahan, perpecahan

Bekas ahli PKR terbabit kemudian memberikan sokongan kepada Bersatu dan didukung pula oleh PAS serta BN untuk membolehkan Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan.

Namun tempoh perkhidmatan Muhyiddin hanya bertahan kira-kira 17 bulan sebelum dia terpaksa meletakkan jawatan dan diganti oleh Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob.

Titah Agong, baginda terpaksa menggalas tugas yang berat bagi memastikan pentadbiran negara dapat berfungsi dengan sebuah kerajaan baru.

“Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perdana menteri kelapan Malaysia juga telah meletakkan jawatan pada 16 O2021.

“Maka beta sekali lagi terpaksa menggalas amanah berat untuk memilih dan melantik perdana menteri yang baru,” titahnya.

Menurut Agong kemerdekaan Malaysia yang berusia 66 pada tahun ini sepatutnya menjadikan ia sebuah negara yang matang dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Jika kepelbagaian, kemajmukan dan kekusutan politik yang berterusan menjadi punca perbalahan dan perpecahan, beta merasa khuatir.

“Suasana damai dan kemajuan yang didambakan tidak akan menjadi kenyataan buat selama-lamanya,” titahnya.

-Malaysia Kini

Tags: kemelut politikPengunduran PM7
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

DUN Melaka Bubar, Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 Hari

05/10/2021
0

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam, dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd