• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

oleh AK-47
05/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan berkenaan kepada pelanggan masing-masing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, kementerian sentiasa mengalu-alukan syarikat telekomunikasi untuk menawarkan perkhidmatan internet lebih baik dengan harga lebih rendah mengikut kesesuaian.

“Ini adalah pengumuman dasar, sekiranya syarikat-syarikat ingin memberi tawaran yang lebih baik itu terpulang kepada mereka, tapi waktu ini ‘baseline’ kita ialah RM69 sebulan untuk jalur lebar tetap dan RM5 sebulan untuk prabayar internet mudah alih.

“Saya harap syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet jalur lebar, akan meneliti respons rakyat dan memberi pakej-pakej lebih baik,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Residensi Suria Pantai, di sini, hari ini.

Selasa lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dengan harga lebih rendah bagi membantu golongan B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.

Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had dengan caj hanya RM69 sebulan, serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Sebelum ini, Fahmi mengumumkan Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada harga dua kali ganda lebih murah iaitu RM5 sebulan dan tiga kali lebih pantas, yang berada di pasaran mulai Februari.

Sementara itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya juga akan menyediakan pangkalan data bagi memberi kemudahan kepada syarikat telekomunikasi untuk membuat rujukan dan menentukan mereka yang layak untuk menikmati kemudahan pakej berkenaan.

Menurutnya, ketika ini, pakej berkenaan yang seiring konsep Malaysia Madani disasarkan bagi membantu golongan B40, namun syarikat telekomunikasi juga boleh memberikan kemudahan itu kepada golongan M40 bawahan jika terdapat keperluan.

“Kita juga melebarkan kemudahan (pakej perpaduan) ini kepada warga emas, OKU dan veteran, jadi mereka juga akan dapat dibantu.

“Saya harap syarikat telekomunikasi akan teliti suara rakyat, pelanggan dan sesuaikan produk masing-masing untuk lebih membantu rakyat pada waktu ini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Harga PakejTelco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

30/06/2022
0

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi (telco) akan mengambil kepentingan ekuiti dalam...

Telco Usaha Atasi Masalah Internet Perlahan Musim PKP

05/04/2020
0

KUANTAN - Semua 13 syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini sedang berusaha menambah baik capaian internet di kawasan perumahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd