• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori Domestik Diselaras Sejak Oktober 2022 – IWK

oleh Mohd Arshad
13/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori Domestik Diselaras Sejak Oktober 2022 – IWK
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengesahkan tarif perkhidmatan pembetungan bagi kategori domestik diselaraskan sejak Oktober lalu, selepas kali terakhir pelarasan dibuat 29 tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pelarasan baharu dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Caj Perkhidmatan Pembetungan) 2022, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Pelarasan tarif bagi perkhidmatan pembetungan kategori domestik dibuat sejak Oktober 2022 bagi perkhidmatan pengosongan tangki septik dan 1 Januari 2023 bagi perkhidmatan bersambung.

“Sebagaimana pengumuman yang dibuat tahun lalu, tarif perkhidmatan pembetungan perlu diselaraskan bagi mengimbangi kenaikan kos operasi ,” menurut IWK dalam kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Laporan BERNAMA pada 27 September lalu, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ketika itu mengumumkan kadar baharu bagi perkhidmatan pembetungan bersambung dan pengosongan tangki septik, yang diluluskan oleh Kabinet pada April sebelumnya.

Menurut kementerian berkenaan, kenaikan caj itu perlu kerana IWK tidak menaikkan kadar caj sejak 1994 yang menyebabkan masalah aliran tunai bagi syarikat syarikat pengurusan pembetungan nasional itu.

Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 20 September lalu menyebut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Caj Perkhidmatan Pembetungan) 2022 berkuat kuasa 1 Oktober 2022.

Dalam kenyataan hari ini, IWK turut menjelaskan, kos operasi adalah untuk mengumpul, merawat dan melupuskan sisa kumbahan yang mana kos utama terdiri daripada kos elektrik, penyenggaraan dan tenaga kerja.

“Kos operasi ini meningkat setiap tahun dengan unjuran purata peningkatan sebanyak empat peratus setahun, namun caj dikenakan IWK kekal sama sejak 1994. Harap penjelasan ringkas ini dapat memberi pencerahan,” kata syarikat itu.

Penjelasan berkenaan susulan rungutan pengguna di media sosial yang mendakwa IWK menaikkan bayaran caj perkhidmatan pembetungan bulanan sehingga 25 peratus tanpa mengumumkannya kepada pengguna.

Mengikut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Caj Perkhidmatan Pembetungan) 2022, bagi kategori rumah kos rendah atau apa-apa rumah dengan nilai tahunan kurang daripada RM600 (termasuk kuarters kerajaan kategori F, G, H dan I), caj perkhidmatan nyah enap cemar berjumlah RM2 setiap bulan, manakala RM192 dikenakan untuk caj perkhidmatan.

Nilai tahunan merujuk anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka diperoleh dari setahun ke setahun daripada pegangan berkenaan jika disewakan, dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyenggaraan atau pemeliharaan dan segala kadar dan cukai awam.

Bagi setiap perkhidmatan rumah kediaman kampung, rumah kediaman Kampung Baru dan rumah kediaman estet, caj perkhidmatan nyah enap cemar adalah RM3 setiap bulan dan RM192 bagi setiap perkhidmatan.

Caj perkhidmatan nyah enap cemar untuk premis domestik adalah RM6 setiap bulan, manakala caj perkhidmatan RM192.

Bagi premis domestik dengan tangki septik yang tidak diluluskan, caj RM260 (saiz tangki kurang 2.5 kubik meter), RM390 (lebih 2.5 kubik meter sehingga 4.5 kubik meter) dan RM390 ke atas (saiz tangki lebih4.5 kubik meter).

Perkhidmatan bersambung adalah aktiviti pengumpulan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan kumbahan dan enap cemar kumbahan yang diterima melalui paip sambungan persendirian yang bersambung ke sistem pembetungan awam atau mana-mana bahagian daripada sistem pembetungan awam itu.

Perkhidmatan nyah enap cemar pula adalah aktiviti penyaliran keluar, penyingkiran dan pengangkutan kumbahan dan enap cemar kumbahan dari tangki septik untuk rawatan dan pelupusan sewajarnya.

-Berita Harian

Tags: IWKTarif Perkhidmatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Jamin Pengebilan Bersepadu Tidak Naikkan Tarif IWK

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memberi jaminan pengebilan bersepadu air dan pembetungan Indah Water Konsortium...

Kadar Tarif Pembetungan Disemak Semula

24/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan sedang dalam peringkat kajian untuk semak semula kadar tarif pembetungan di negara ini bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd