• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

oleh AK-47
20/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tetap komited mengusulkan supaya Kerajaan Perpaduan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Shahidan bangun memohon kepada Datuk Johari Abdul bagi mengemukakan usul tergempar itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Perkara 18 (1).

Johari yang menjawab beliau sudah menolak usul Shahidan, akhirnya membenarkan Ahli Parlimen itu mengemukakan usul selepas mengambil kira perkara dibangkitkan penting untuk rakyat sebelum Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mencelah ia keputusan luar biasa.

Menurut Shahidan, kerajaan perlu segera melaksanakan pengeluaran KWSP secara bersasar berikutan keadaan rakyat yang semakin terdesak dihimpit kenaikan harga barang dan kos sara hidup tinggi.

“Pencarum semakin terdesak tambahan pula harga barang semakin naik dan kos sara hidup meningkat saban hari. Ada yang terpaksa menjual harta dan tinggal sehelai sepinggang jadi sudah menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen untuk mengotakan janji membantu rakyat.

“Saya rasakan isu ini perlu disegerakan untuk dibincangkan dan Kerajaan Perpaduan boleh mengambil langkah sama seperti dilakukan semasa era pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dengan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar dan berperingkat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, pengeluaran itu boleh dilakukan berdasarkan Akta KWSP 1991 Seksyen 54 yang membenarkan pengeluaran caruman bagi tujuan pembiayaan kelangsungan hidup.

“Pastinya pengeluaran KWSP bersasar ketika ini menjadi kepentingan utama orang awam kerana KWSP adalah milik dan hak mereka.

“Pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka dengan segera sebelum sesi persekolahan 2023 dibuka pada 19 Mac (negeri kumpulan A) dan 20 Mac negeri kumpulan B.

“Tambahan lagi kita akan menyambut Ramadan dan Syawal sudah tentu rakyat memerlukan belanja besar di samping mengharapkan dana bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, aliran wang tunai tidak menimbulkan masalah selepas melihat laporan dikeluarkan KWSP pada Disember lalu bahawa terdapat peningkatan pencarum, caruman majikan dan bilangan aktif pencarum.

Pada akhir ucapannya, beliau memohon supaya usul itu dipertimbangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat sebelum Johari mencelah Ahli Parlimen itu boleh mengusulkannya semula perkara itu pada sesi seterusnya pada Isnin ini.

-Harian Metro

Tags: KWSPPengeluaran Bersasar KWSPShahidan KassimUsul Tergempar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd