• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Agung MUDA Fail Bantahan Awal Batal Pertuduhan Perhimpunan LCS

oleh Mohd Arshad
08/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Setiausaha Agung MUDA Fail Bantahan Awal Batal Pertuduhan Perhimpunan LCS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Hariri Abd Hadi memfailkan permohonan membatalkan pertuduhan berhubung perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ yang dihadapinya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam bela Amir Hariri, Raj Surian Pillai, berkata pihaknya menerusi bantahan itu berpendirian bahawa pertuduhan berkenaan adalah defektif atau cacat.

“Notis itu difailkan dalam sistem mahkamah semalam dan sudah diserahkan kepada pendakwaan hari ini.

“Mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk failkan hujahan bertulis dan kehadiran tidak diperlukan, manakala 27 Mac bagi pendengaran bantahan awal yang memerlukan kehadiran semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin, hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, Amir Hariri, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan selaku penganjur gagal mengemukakan notis kepada polis sekurang-kurangnya lima hari sebelum perhimpunan diadakan.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada jam 2 petang, 14 Ogos lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Media melaporkan kumpulan penganjur yang menggelarkan diri mereka Jawatankuasa Protes Mana Kapal LCS? menuntut kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat salah laku yang berlaku.

Sementara itu, Amir Hariri ketika sidang media di lobi mahkamah, meminta kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan untuk memberi perkembangan terhadap proses siasatan projek LCS.

“MUDA menyuarakan bantahan berterusan terhadap isu ini. Mereka yang terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan dan dihukum.

“Pemimpin Pakatan Harapan (PH) antara yang paling lantang ketika himpunan itu, malah ada antara mereka yang sudah menjadi menteri. Mungkin mereka lebih tahu dan akan memainkan peranan dalam isu berkenaan,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, mendedahkan kontrak projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) secara rundingan terus.

Kerajaan didakwa membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

-Berita Harian

Tags: Bantahan AwalmudaPerhimpunan LCS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakistan Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Turkiye, Syria

Next Post

MUDA Merungut Tak Dipanggil Ke Mesyuarat Parti Kerajaan

Related Posts

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

17/01/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. untuk merujuk...

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara mesti bertanggungjawab penuh terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Next Post
MUDA Merungut Tak Dipanggil Ke Mesyuarat Parti Kerajaan

MUDA Merungut Tak Dipanggil Ke Mesyuarat Parti Kerajaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd