• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Tular Dimandikan Seperti Jenazah Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh AK-47
23/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Remaja Tular Dimandikan Seperti Jenazah Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Remaja yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid, diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku salah mencuri wang tabung surau, tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret Nur Hafizah Rajuni membuat keputusan itu semalam selepas meneliti laporan sosial dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap Daniel Iskandar, 20, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

“Tertuduh adalah pesalah muda. Oleh itu, memerintahkan tertuduh dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai umur 21 tahun,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan remaja itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, Daniel didakwa mencuri wang RM74 daripada tabung milik surau Al Munir Batu 17 Kuang, Rawang pada 12.44 tengah hari 5 Disember 2022, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, tertuduh hendaklah dihukum penjara dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak melakukan kesalahan sama.

Peguam Suhaida Mohd Sobri daripada Jabatan Bantuan Guaman, Negeri Selangor yang mewakili Daniel memohon hukuman ringan dengan mengambil kira laporan sosial yang dibacakan oleh wakil JKM selain anak guamnya pesalah muda serta telah insaf.

“Sebelum ditangkap, tertuduh bekerja di bengkel kereta dan dijaga oleh datuknya. Ibu bapa anak guam saya telah bercerai dan dia anak sulung daripada tiga beradik yang seorang daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU),” kata peguam itu.

Dalam pada itu, pegawai JKM Mohamad Hanafi Sedi memohon supaya Daniel diperintahkan ditahan di sekolah itu sehingga mencapai 21 tahun.

Pada 13 Januari tahun lalu, Daniel dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Januari tahun lalu, mengetepikan hukuman penjara dan denda itu terhadap Daniel, menggantikannya dengan perintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu dilaksana dalam tempoh enam bulan, ditumpukan dengan khidmat di masjid-masjid.

-Harian Metro

Tags: mandi jenazahSekolah Henry GurneyTular
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Angka Korban Gempa Turkiye Meningkat Kepada 43,556 Orang

Next Post

Pejuang Palestin, Askar Zionis Berbalas Serangan Udara

Related Posts

Berita Tular Bayi Kembar Diculik ‘Doktor’ Tidak Benar – JKNP

Berita Tular Bayi Kembar Diculik ‘Doktor’ Tidak Benar – JKNP

12/04/2025
3

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menafikan dakwaan tular berhubung sepasang bayi kembar yang kononnya dirawat selama sembilan bulan...

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

Next Post
Pejuang Palestin, Askar Zionis Berbalas Serangan Udara

Pejuang Palestin, Askar Zionis Berbalas Serangan Udara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd