• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Tren Percuma Pelajar, OKU Dilancarkan

oleh Mohd Arshad
16/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perkhidmatan Tren Percuma Pelajar, OKU Dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melancarkan inisiatif pas perjalanan ‘MyRailLife’ tanpa had secara percuma kepada pelajar sekolah dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif itu diperkenalkan khusus bagi meringankan beban perjalanan pengangkutan kepada pelajar sekolah dan OKU.

Katanya, pas tambang percuma ini boleh dinikmati oleh semua warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelajar sekolah Tahun Satu sehingga Tingkatan Enam yang berumur tujuh tahun sehingga 19 tahun serta golongan OKU.

“Pelajar sekolah dan OKU boleh mula mendaftar MyRailLife melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang KTMB atau di kaunter KTMB yang berhampiran.

Anthony juga berkata pas percuma itu boleh digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan Perkhidmatan Shuttle Timuran.

“Bagi KTM Komuter sektor Lembah Klang, ia terdiri daripada laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dan laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang.

“Bagi KTM Komuter sektor utara pula, ia terdiri daripada laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas dan laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth.

“Sementara itu, bagi perkhidmatan tren KTM Shuttle Timuran adalah sektor laluan Gemas-Tumpat-Gemas.

Sebelum ini, Anthony memaklumkan penangguhan sementara perkhidmatan tren Subang Skypark Link daripada Stesen Terminal Skypark, Subang ke Stesen KL Sentral bermula semalam kerana kurang sambutan.

Sehubungan dengan itu, Anthony berkata terdapat lebihan tren atau stokereta sebanyak empat set tren 3-gerabak Electric Multiple Unit (EMU) yang pada masa kini digunakan untuk operasi.

Katanya, sebuah set tren digunakan untuk perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang manakala tiga lagi set tren digunakan untuk perkhidmatan KTM Komuter laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar dan laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas.

Dengan adanya penambahan tren ini, Anthony berkata terdapat penambahanbaikan jadual waktu perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara laluan Padang Besar-Butterworth iaitu peningkatan kekerapan perjalanan dari 60 minit ke 20 minit pada waktu puncak pagi manakala pada waktu puncak petang pula, kekerapan perjalanan dari 60 minit ke 30 minit.

“Bagi laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas, penambahbaikan kekerapan di luar waktu puncak iaitu pada setiap 120 minit berbanding 180 minit kekerapan sebelum ini.

“Inisiatif ini menjadikan jumlah perkhidmatan bagi laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar meningkat daripada 26 trip kepada 36 trip dan 12 trip kepada 16 trip sehari bagi laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas,” katanya pada Majlis Sidang Media Pengumuman Pas Perjalanan percuma untuk Pelajar Sekolah dan OKU, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin.

Anthony berkata penambahan KTM Komuter utara ini dijangka dapat memenuhi keperluan dan permintaan penumpang yang semakin tinggi dan yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter Utara untuk ulang alik ke tempat kerja, ke pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang terdapat di negeri Utara selain menggunakan tren untuk melakukan urusan seharian.

Dalam pada itu, beliau berkata dengan adanya pas percuma selama setahun ini , ia dijangka dapat mengurangkan kos pengangkutan kepada 500,000 orang pelajar sekolah dan OKU yang menggunakan perkhidmatan Komuter sektor Lembah Klang dan Utara serta perkhidmatan Shuttle Timuran,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Perkhidmatan Tren Percuma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Ditikam Pesakit Stabil, Selesai Pembedahan

Next Post

Denda Kerana Mencemarkan Air Dinaikkan Ke RM10 Juta

Related Posts

No Content Available
Next Post
Denda Kerana Mencemarkan Air Dinaikkan Ke RM10 Juta

Denda Kerana Mencemarkan Air Dinaikkan Ke RM10 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd