• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Berkurung Di ESSZONE Dilanjutkan Hingga 6 Mac 2023

oleh Mohd Arshad
18/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perintah Berkurung Di ESSZONE Dilanjutkan Hingga 6 Mac 2023
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 6 Mac 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau,

Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi.

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Idris berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” katanya.

BHonline-

Tags: EsszonePerintah BerkurungSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bruce Willis Hidap Demensia

Next Post

Teknologi Israel ‘Ancaman’ Kepada Dunia

Related Posts

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post
Teknologi Israel ‘Ancaman’ Kepada Dunia

Teknologi Israel 'Ancaman' Kepada Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd