• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Risiko Bencana Perlu Diberi Penekanan – Agong

oleh AK-47
13/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengurusan Risiko Bencana Perlu Diberi Penekanan – Agong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah aspek keselamatan fizikal melalui pengurusan risiko bencana perlu diberikan penekanan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seri Paduka bertitah, pendekatan lebih sistematik dan strategik perlu segera dilaksanakan kerajaan bagi menangani kesan daripada musibah bencana alam terutamanya banjir yang berlaku saban tahun.

Al-Sultan Abdullah bertitah, musibah kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada 16 Dis tahun lepas wajar dijadikan iktibar agar peristiwa sedemikian tidak lagi berulang.

“Justeru sudah tiba masanya mekanisme pengurusan bencana dipastikan berkesan menerusi penyelarasan gerak kerja yang sempurna,” titah Seri Paduka dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di sini hari ini.

Dalam kejadian di Batang Kali itu, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah sehingga menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm.

Yang di-Pertuan Agong yang turut menyentuh mengenai aspek keselamatan dan ketenteraman awam bertitah cabaran dan ancaman keselamatan yang sentiasa bersifat dinamik memerlukan kesiapsiagaan negara untuk menghadapinya termasuklah dalam aspek penyelenggaraan, perolehan peralatan dan kelengkapan baharu.

“Kelemahan kaedah lama yang merugikan serta melemahkan pertahanan negara perlu segera dihentikan,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah, isu berkaitan pendatang tanpa izin dan pelarian termasuk pemohon suaka hendaklah segera ditangani dengan tegas oleh kerajaan.

“Selain itu, trend peningkatan jenayah siber juga semakin membimbangkan. Untuk itu, penguatkuasaan undang-undang memerlukan tadbir urus dan penyelarasan yang cekap dan berkesan. Usaha berterusan dan bersepadu hendaklah terus dipergiat bagi memastikan negara terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman supaya Malaysia kekal aman; sejahtera dan berdaulat,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong bertitah Malaysia perlu terus mengukuhkan lagi kerjasama serta diplomasi pertahanan dengan negara-negara serantau dan global bagi memelihara kepentingan dan tahap keselamatan nasional.

Terdahulu, Seri Paduka dalam titah menzahirkan ucapan takziah kepada presiden dan seluruh rakyat Turkiye dan Syria di atas kejadian gempa bumi yang telah meragut ribuan nyawa baru-baru ini.

“Sesungguhnya Malaysia merasa amat berdukacita di atas musibah tersebut.

“Justeru, Beta meminta Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berdiri bertafakur bersama Beta dan kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan al-Fatihah,” titah Al-Sultan Abdullah.

Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas (6 Feb) telah meragut lebih 30,000 nyawa. Kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Turkiye pada Selasa lepas mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi mencari dan menyelamat (SAR) berjalan lancar.

-Sinar Harian

Tags: AgongPengurusan Risiko Bencana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir

Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua ‘airboat’ berkuasa tinggi...

Gempa Bumi Segamat: Agong Titah Semua Masjid Dan Surau Di Johor Laksana Solat Hajat, Doa Selamat

Gempa Bumi Segamat: Agong Titah Semua Masjid Dan Surau Di Johor Laksana Solat Hajat, Doa Selamat

30/08/2025
0

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan semua masjid dan surau di Johor mengadakan solat hajat serta doa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd