• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggantungan Pemain Hoki Negara Terima Kecaman

oleh Mohd Arshad
09/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penggantungan Pemain Hoki Negara Terima Kecaman
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Keputusan menggantung pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn dari mewakili pasukan hoki kebangsaan ke mana- mana tugasan antarabangsa termasuk Sukan SEA Kemboja 2023 menerima kecaman daripada Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional (PN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata tindakan itu sangat keras berbanding dengan kesalahan didakwa dilakukan atlet terbabit apatah lagi beliau sendiri sudah memohon maaf secara terbuka terhadap ciapannya di Twitter dan memadam komen berkenaan.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan penggantungan Hanis Nadiah Onn dari mewakili pasukan hoki kebangsaan ke mana-mana tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

“Tindakan ini sangat keras berbanding dengan kesalahan yang didakwa dilakukan oleh beliau apatah lagi beliau sendiri telah memohon maaf secara terbuka terhadap ciapan yang dibuatnya dan memadam komen tersebut.

“Jawatankuasa Siasatan sendiri mengakui bahawa Hanis memiliki perwatakan merendah diri serta berdisiplin tinggi sepanjang latihan dan kejohanan.

“Bahkan jurulatihnya sendiri menyatakan bahawa beliau memiliki ramai rakan-rakan hoki di kalangan bangsa India dan mereka bergaul rapat tanpa masalah ekoran sifatnya yang mudah mesra dengan rakan sepasukan.

“Ini bermaksud apa yang ditulis langsung tidak mempunyai niat untuk membangkitkan elemen perkauman dan rasis seperti yang didakwa oleh sebahagian netizen,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan Hanis Nadiah digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, selepas didapati bersalah memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), 7 Februari lalu.

Hanis sebelum ini mengakui memuat naik ciapan komen ‘bau best la kat dalam tu’ berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert yang dimuatnaik oleh Kosmo Online.

Ciapan itu dibuat menyusuli komen netizen lain pada muatnaik berkenaan. Hanis menegaskan tidak mempunyai sebarang sentimen perkauman ketika memuatnaik ciapan yang sekadar jenaka dan merujuk kepada keadaan stadium dipenuhi puluhan ribu penonton.

Susulan daripada teguran itu, Hanis memadam komen berkenaan pada 29 Januari dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman media sosialnya ekoran kekhilafan itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Belia dan Sukan Ahli Dewan Rakyat PN berkata tindakan penggantungan ini akan menjejaskan masa depan Hanis dan sekaligus menjejaskan peluang skuad negara untuk meraih pingat pada Sukan SEA Kemboja 2023.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan dalam isu berkenaan dan sekali gus menyarankan penggantungan Hanis wajib ditarik balik.

“Saya yakin YB Menteri akan bertindak bijaksana di dalam menangani isu ini,” katanya.

BHonline-

Tags: gantungHanis Nadiah OnnPemain Hoki Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd