• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penempatan Haram Warga Asing Wujud Sudah Lebih Setahun

oleh AK-47
02/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penempatan Haram Warga Asing Wujud Sudah Lebih Setahun
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Selain sekolah, penempatan haram warga asing yang diserbu pihak berkuasa di Nilai Spring, Nilai, dekat sini, awal pagi semalam dipercayai mempunyai beberapa kemudahan lain termasuk kedai runcit.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkampungan haram yang terletak kira-kira 1.2 kilometer dari laluan utama itu diserbu pihak berkuasa negeri diketuai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), pada kira-kira 1.30 pagi semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, berkata selain sekolah yang mempunyai silibus tersendiri, beberapa kemudahan lain termasuk kedai runcit berkemungkinan turut terdapat di situ.

Katanya, ia sebagai tempat bekalan bahan makanan untuk penduduk dan mungkin ada individu atau pihak tertentu yang menjadi dalang membekalkan bahan makanan kepada mereka.

“Perkampungan haram berkeluasan kira-kira 06 hektar atau sebesar tiga padang bola dikelilingi hutan tebal dengan jalan masuk tanah merah.

“Mereka didapati didapati menggunakan janakuasa untuk bekalan elektrik dan terdapat sekitar 30 rumah kayu berlantai simen serta satu wakaf berbumbung dipercayai digunakan sebagai tempat bermesyuarat atau aktiviti lain dalam kalangan penduduk.

“Setiap unit rumah itu terletak berhampiran antara satu sama lain, namun jangka masa kewujudan penempatan ini belum dapat dikenal pasti dan kemungkinan lebih setahun. Ia masih dalam siasatan kami.

“Jika melihat dari segi keluasan penempatan berkenaan, ia boleh diduduki sekitar antara 80 hingga 100 orang penduduk,” katanya yang memaklumkan terdapat beberapa buah motosikal dipercayai digunakan sebagai kenderaan urusan harian.

Ai Kiang berkata, pintu masuk penempatan itu dipasang beberapa tayar kereta yang berpaku selain terdapat beberapa anjing yang dibela berkeliaran di kawasan terbabit dipercayai digunakan sebagai pengawal di penempatan berkenaan.

Beliau juga berkata, penduduk penempatan terbabit dikenal pasti warga Indonesia yang dilihat sangat agresif.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa sebulan membuat risikan selain menggunakan dron bagi mendapatkan maklumat lengkap terhadap penempatan terbabit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan terhadap kedudukan penempatan berkenaan terutama dari aspek tapak sama ada ia milik persendirian atau kerajaan negeri,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, JIMNS menyerbu penempatan berkenaan dalam satu operasi susulan menerima aduan orang awam dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam operasi itu, pihak berkuasa menahan seramai 67 orang pendatang tanpa izin (PATI) yang berusia antara dua bulan hingga 72 tahun terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan.

Kesemua mereka dipercayai tinggal di penempatan terbabit bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Dalam operasi berkenaan juga, pihak berkuasa turut menemui beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang di kediaman mereka.

Semua tahanan terbabit ketika ini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut atas kesalahan yang dikenal pasti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

-Harian Metro

Tags: penempatan haramwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tidak Campur Tangan Siasatan Kes Beku Akaun Bersatu – PM

Next Post

Kementerian Pertahanan Bina 40 Rumah Percuma Untuk Veteran ATM

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post
Kementerian Pertahanan Bina 40 Rumah Percuma Untuk Veteran ATM

Kementerian Pertahanan Bina 40 Rumah Percuma Untuk Veteran ATM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd