• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papagomo Diarah Bela Diri Tuduhan Cederakan Syed Saddiq

oleh Mohd Arshad
21/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Papagomo Diarah Bela Diri Tuduhan Cederakan Syed Saddiq
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, membela diri atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Papagomo bagi pertuduhan tersebut.

Papagomo, 40, turut diarah membela diri terhadap pertuduhan pindaan menyebut perkataan kurang sopan dan menghina Syed Saddiq iaitu ‘kau bodoh’ yang boleh menyebabkan keamanan terganggu.

Papagomo pada asalnya didakwa mengaibkan kehormatan Ahli Parlimen Muar itu dengan menyebut perkataan ‘kau bodoh’. Pertuduhan itu kemudian dipinda kepada pertuduhan baharu iaitu menyebut perkataan kurang sopan.

Mahkamah meminda pertuduhan daripada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Papagomo kemudian mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan. Wan Muhammad Azri didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu ke atas Syed Saddiq di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, di sini, pada jam 11.05 pagi, 16 Februari 2019.

Bagi kesalahan mencederakan Syed Saddiq, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan bekas penulis blog itu membela diri bagi kedua-dua pertuduhan selama empat hari iaitu pada 22 dan 23 Mei serta 12 dan 13 Jun ini. Papagomo diwakli peguam Nik Saiful Adli Burhan dan Logen Eskander manakala Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim hadir bagi pihak pendakwaan.

Seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 4 November 2019. Syed Saddiq membuat laporan mendakwa dicekak dalam satu insiden sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada hari kejadian.

Papagomo turut membuat satu laporan polis terhadap Syed Saddiq atas dakwaan membuat laporan palsu terhadap dirinya. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dengan menyifatkan insiden kononnya beliau menyerang Syed Saddiq selepas penamaan calon itu sebagai perselisihan faham.

UtusanOnline-

Tags: Bela DiripapagomoSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Juru Kimpal Rugi RM339,900 Ditipu Macau Scam

Next Post

Serangan Hendap Ragut Nyawa 51 Askar Di Burkina Faso

Related Posts

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan...

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Blogger, Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, hari ini mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada...

Next Post
Serangan Hendap Ragut Nyawa 51 Askar Di Burkina Faso

Serangan Hendap Ragut Nyawa 51 Askar Di Burkina Faso

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd