• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Zawawi Diarah Tarik Balik Kenyataan Dakwa PM Hina Rakyat Malaysia Di Luar Negara

oleh Mohd Arshad
20/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Nik Zawawi Diarah Tarik Balik Kenyataan Dakwa PM Hina Rakyat Malaysia Di Luar Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja ke luar negara seolah-olah menghina rakyat Malaysia, sekali gus menimbulkan situasi kurang senang dalam kalangan penyokong kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dakwaan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Bin Salleh (PN-Pasir Puteh) itu dibuat ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dengan menyatakan Perdana Menteri mendedahkan situasai yang berlaku dalam negara ketika berada di luar negara.

Beliau berkata, Perdana Menteri seharusnya pergi ke luar negara bagi membawa agenda yang jelas berhubung hubungan dagang, malah ucapan Ahli Parlimen Tambun juga dikatakan boleh mengurangkan keyakinan pelabur asing untuk berkunjung ke negara ini.

Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) kemudiannya membangkitkan berhubung Peraturan 36 (6) bahawa seorang Ahli Parlimen tidak boleh mengeluarkan kenyataan jahat kepada ahli lain khususnya Perdana Menteri dengan menyatakan kunjungan pemimpin itu ke luar negara tidak mempunyai agenda.

beliau ada menyebut ucapan Perdana Menteri di luar negara seolah-olah menghina rakyat Malaysia.

Muhammad Zawawi kemudiannya mengaku bahawa beliau menyebut perkara terbabit.

Rayer meminta ia ditarik balik berdasarkan Peraturan 36 (6) berikutan kenyataan seperti itu tidak patut diucapkan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor, kemudiannya meminta Muhammad Zawawi menarik balik pernyataan itu untuk menjaga keharmonian dewan.

Muhammad Zawawi kemudiannya akur dan menarik kenyataannya itu.

“Kalau tak boleh guna perkataan seolah-olah menghina, baiklah saya tarik balik cuma saya nak bagi tahu tidak sepatutnya Perdana Menteri bercakap seumpama itu, pergi ke negara orang dan mendedahkan apa yang berlaku dalam negara kita.

“Ia dibuat tanpa usul periksa dan tanpa keputusan mahkamah seolah-olah carca marba,” katanya.

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimNik Muhammad Zawawi Bin Sallehrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Tinggalkan Anwar Dan PH Untuk Selamatkan UMNO – Zaid Ibrahim

Segera Tinggalkan Anwar Dan PH Untuk Selamatkan UMNO – Zaid Ibrahim

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025 – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini mengeluarkan sebuah...

‘Kenapa Nak Teruskan Kes Hanya Kerana Pernah Jadi Staf Saya’ – PM

‘Kenapa Nak Teruskan Kes Hanya Kerana Pernah Jadi Staf Saya’ – PM

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gesaan untuk meneruskan siasatan terhadap mana-mana kes dikaitkan dengan bekas kakitangannya walaupun diputuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd