• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

oleh AK-47
16/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

“Baki pinjaman ini merupakan 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti Felcra yang berjumlah RM5.32 bilion dan berdasarkan maklum balas Felcra, Kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam Felcra,” kata laporan itu.

LKAN berkata, satu daripada enam indikator perspektif perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) Felcra tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran, ia disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun.

“Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, objektif penubuhan Felcra untuk menyatu, memulih dan membangunkan tanah milik peserta telah tercapai melalui aktiviti utamanya iaitu melaksanakan mandat sosial (program P&P) dan perniagaan komersial.

“Dalam aspek keberhasilan, Kerajaan tidak menerima dividen daripada Felcra bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, namun program P&P telah memberi impak positif serta dapat meningkatkan taraf hidup peserta dengan agihan dividen yang diterima,” katanya.

Pengurusan aktiviti perladangan adalah tidak cekap kerana tidak mematuhi jadual perancangan pembajaan dan jadual pusingan penuaian serta tenaga kerja asing (TKA) yang telah tinggal melebihi tempoh sah laku Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), kata laporan tersebut.

Setakat bulan April 2022, tiada pembayaran dividen oleh syarikat subsidiari dibuat bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 kerana pengauditan penyata kewangan bagi tempoh tersebut belum dimuktamadkan.

Pihak yang berkepentingan perlu mengambil langkah untuk membantu peserta yang tidak menerima dividen bagi menyelesaikan masalah kos operasi dan projek tidak berdaya maju dan dividen belum agih terkumpul berjumlah RM67.14 juta hendaklah diserahkan kepada peserta dan pemegang amanah secepat mungkin.

Felcra juga disyorkan memaksimumkan pengisian tenaga kerja ladang selaras dengan keperluannya supaya dapat meningkatkan produktiviti hasil tuaian dan pendapatan syarikat pada tahap optimum serta mengguna pakai sistem secara digital bagi pengurusan penyenggaraan kilang sawit seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 negara.

Setakat tahun 2021, Felcra telah memperoleh ladang seluas 203,953 hektar dan mempunyai 108,097 peserta. Ia telah mengagihkan dividen berjumlah RM801.05 juta kepada peserta bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021.

Selain itu, setakat bulan April 2022, Felcra mempunyai pegangan saham antara 53 peratus hingga 100 peratus dalam 22 syarikat subsidiari dan sembilan syarikat usaha sama dengan pegangan saham antara 8.75 peratus hingga 50 peratus.

-Harian Metro

Tags: FelcraHutangLKAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Monorel Gagal, Antara Pembaziran RM812.91 Juta Pembangunan Putrajaya

Next Post

Elaun Khas Untuk Petugas SAR Di Turkiye

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

5 Agensi Persekutuan Rekod Liabiliti Lebih Tinggi Berbanding Jumlah Aset – Ketua Audit Negara

5 Agensi Persekutuan Rekod Liabiliti Lebih Tinggi Berbanding Jumlah Aset – Ketua Audit Negara

24/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima daripada 142 agensi Persekutuan merekodkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset. Perkara itu dimaklumkan Ketua...

Next Post
Elaun Khas Untuk Petugas SAR Di Turkiye

Elaun Khas Untuk Petugas SAR Di Turkiye

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd