• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Selenggara Kenderaan Menteri Era Muhyiddin Tertinggi

oleh Mohd Arshad
17/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kos Selenggara Kenderaan Menteri Era Muhyiddin Tertinggi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kos penyelenggaraan kereta menteri pada 2020 iaitu ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin direkodkan berjumlah RM672,000, lebih tinggi daripada tahun berikutnya, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pada 2021, kos penyelenggaraan kenderaan menteri berjumlah RM478,991.50, manakala bagi 2022 sebanyak RM450,690.66.

Secara keseluruhannya kerajaan membelanjakan lebih RM1.6 juta membabitkan kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi kenderaan rasmi jawatan (KRJ) menteri Persekutuan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020 hingga tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata sepanjang 2021, sebanyak RM478,991.50 dibelanjakan bagi menyelenggara dan membaiki KRJ manakala tahun lalu, sebanyak RM450,690.66 bagi tujuan sama.

“Jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi KRJ menteri Persekutuan ialah RM1,601,682.16,” katanya dalam jawapan bertulis melalui persidangan Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Chong Zhemin (DAP-Kampar) yang minta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah kos penyelenggaraan semua kereta menteri dari tahun 2020 hingga 2022.

Tahun 2020 menyaksikan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri hingga 24 Februari sebelum digantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020 sebelum membentuk jemaah Menteri pada 10 Mac 2020 dan berkhidmat hingga Ogos 2021 sebelum digantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Jemaah Menteri di bawah Muhyiddin dianggotai 32 menteri dan 38 timbalan menteri sebelum dibubarkan pada 16 Ogos 2021.

Pada masa sama, Anwar berkata, menteri dibekalkan dengan KRJ model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021 bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4L yang dihentikan pengeluaran.

Beliau berkata, kerajaan sudah membayar kos pajakan bulanan yang terdiri daripada kos sewaan serta penyelenggaraan dan pembaikan bagi setiap KRJ itu.

-Berita Harian

Tags: Kos Selenggara KenderaanMenteri Era Muhyiddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN: Mesyuarat Enam Negeri Minggu Depan

Next Post

LLM Kenal Pasti 63 Lokasi Hab Pengecasan Pantas EV

Related Posts

No Content Available
Next Post
LLM Kenal Pasti 63 Lokasi Hab Pengecasan Pantas EV

LLM Kenal Pasti 63 Lokasi Hab Pengecasan Pantas EV

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd