• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Semula Tempoh Masa Tunai Haji

oleh AK-47
21/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kaji Semula Tempoh Masa Tunai Haji
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengkaji semula tempoh masa menunaikan haji dengan memperkenalkan empat pakej baharu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ismail Sabri berkata, langkah itu bagi mengurangkan beban peningkatan kos menunaikan haji akibat inflasi berikutan impak ekonomi global seperti perang Russia-Ukraine, kenaikan harga minyak, isu logistik pasca Covid-19 dan percukaian.

“Dengan mengandaikan pengekalan aturan bayaran haji 2022 untuk tahun ini iaitu RM10,980 bagi kumpulan B40 dan RM12,980 bagi M40, tanggungan (subsidi) TH bakal meningkat masing-masing kepada RM20,890 dan RM18,720.

“Dengan pembinaan pusat penginapan baharu di Makkah dan Madinah, kos haji dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang dan yang membimbangkan kita mungkin satu hari nanti golongan B40 termasuk M40 mungkin tak mampu tunaikan haji,” katanya ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan supaya TH mengkaji semula tempoh masa berada di tanah suci berikutan jangka masa panjang seperti 40 hari yang dilaksanakan hari ini sudah tentu membabitkan kos tinggi.

“Dengan memperkenalkan pakej berbeza tempoh masa menunaikan ibadah haji iaitu 14 hari, 21 hari, 30 hari dan 40 hari, jemaah haji boleh membuat pilihan.

“Lebih-lebih lagi Rukun Haji boleh dibuat dalam masa empat hari saja, kalau 14 hari ada masa lagi untuk ziarah Madinah, mengerjakan umrah dan sebagainya.

“Jika ia (tempoh masa) dapat disingkatkan, saya percaya ramai mampu menunaikan haji kerana kos akan bertambah kurang daripada sekarang.

“Mereka yang terikat dengan kerja terpaksa mengambil cuti lebih 40 hari atau menjalankan perniagaan terpaksa meninggalkan perniagaan 40 hari menjejaskan pendapatan mereka dan kalau ada empat pilihan ini mereka boleh memilih mengikut kesesuaian pekerjaan mereka,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan mempertimbangkan Akta Tabung Haji 1995 dikaji dan digubal semula untuk

penambahbaikan kerana sudah terlalu lama dan tidak relevan.

“Sebagai contoh tiada peruntukan untuk patuh syariah dan tadbir urus baik diwartakan di dalam Akta Tabung Haji yang sedia ada walaupun TH sebagai asasnya perlu patuh syariah.

“Penambahbaikan perlu dari segi tadbir urus, pemantauan dan kawal selia bagi memastikan dana sebanyak RM88 bilion

dapat diuruskan dengan lebih sempurna,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Hajikaji semula
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd