• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ka Siong Bawa Telur Ke Parlimen

oleh Mohd Arshad
22/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ka Siong Bawa Telur Ke Parlimen
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mencuri tumpuan Dewan Rakyat pada Rabu apabila membawa telur ayam semasa mengutarakan isu kekurangan stok telur.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau bangun mencelah pada sesi menteri-menteri menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dan menunjukkan tiga biji telur untuk membuat perbandingan.

“Dalam konteks ini, saya bawa telur dari India, saya beli 50 sen. Ini adalah telur Malaysia (sambil menunjukkan telur tempatan) yang harganya dikawal, 35 sen dan 45 sen ini.

“Kita dapat lihat beza saiznya. Telur dari India harga 50 sen tapi lebih kecil dari telur Malaysia. Ini kekurangannya. Kalau kata telur Omega ni, telur kampung, 76 sen.

“Orang kaya, orang berada boleh beli tapi inilah puncanya nak bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (tunjuk telur Malaysia) khususnya orang Melayu untuk jual kuih,” katanya.

Presiden MCA itu menegaskan, kerajaan perlu menyelesaikan masalah kekurangan stok telur dengan segera kerana tidak mahu kerajaan diserang jika tiada stok telur pada bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak 10 sen untuk sebiji telur ayam sehingga Jun depan.

Selepas tempoh tersebut, satu kajian akan dibuat sama ada kerajaan akan meneruskan subsidi berkenaan atau sebaliknya.

“Kita juga meneruskan dialog dengan penternak ayam dan pengeluar telur di Selangor dan akan ke negeri-negeri lain.

“Mereka beri jaminan bahawa dengan perubahan suasana yang belaku, mereka boleh berusaha mencukupkan bekalan,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: ParlimentelurWee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong digesa memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan kenyataannya...

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Kekecohan yang berlaku akibat pertelingkahan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd