• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jana Wibawa: Pengarah Syarikat Didakwa Minta, Terima Rasuah RM12.87 Juta

oleh Mohd Arshad
22/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jana Wibawa: Pengarah Syarikat Didakwa Minta, Terima Rasuah RM12.87 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Pengarah syarikat perabot SSH Furniture Sdn Bhd, Datuk Teo Wee Cheng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.87 juta berhubung projek Jana Wibawa antara Julai 2021 hingga November tahun lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagi dua pertuduhan, Teo, 65, didakwa meminta suapan daripada seorang individu berjumlah RM11.37 juta iaitu 10 peratus daripada harga kontrak bagi tender projek menaik taraf jalan pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, Segamat bernilai RM39.75 juta dan projek membina jalan dari Kampung Belukar Durian ke Persimpangan Felda Waha, Sedili, Kota Tinggi bernilai RM74 juta.

Perbuatan yang didakwa dilakukan di Pejabat Trimetro Development Sdn Bhd, Jalan Majidi, Muar antara Julai 2021 dan Jun tahun lepas itu, adalah sebagai upah membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn Bhd mendapatkan projek itu dan sebagai dorongan untuk bersetuju bahawa Syarikat TS Dynamic Construction Sdn Bhd dilantik sebagai subkontraktor bagi projek tersebut.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, bapa empat anak itu didakwa menerima suapan daripada dua individu berjumlah RM1.5 juta sebagai upah membantu Syarikat Muar Usaha Bakti mendapatkan projek menaik taraf jalan pintasan berkenaan dan dorongan untuk bersetuju bahawa Syarikat TS Dynamic Construction Sdn Bhd dilantik sebagai subkontraktor bagi membina jalan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat SSH Furniture, Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 hingga 15 Nov tahun lepas.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Teo didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah II, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Ahmad Akram Gharib, manakala tertuduh diwakili peguam Cains Tan.

-Malaysia Kini

Tags: pengarah syarikatProjek Jana Wibawarasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd