• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpit: PH Terengganu Lapor Polis, Desak Tindakan Ke Atas PAS

oleh AK-47
20/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Himpit: PH Terengganu Lapor Polis, Desak Tindakan Ke Atas PAS
Share on FacebookShare on Twitter

PH Terengganu membuat laporan polis berhubung perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) anjuran PAS negeri itu, yang berlangsung Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Laporan polis dibuat Pengerusi PH Terengganu Raja Bahrin Shah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, hari ini.

Raja Bahrin dalam laporannya mendakwa perarakan menggunakan replika senjata di khalayak umum itu telah menimbulkan kegusaran awam.

“PAS kini lebih berani dan lebih bebas bermaharajalela menunjukkan sikap ekstrem mereka berarak di jalanan dengan alat berbentuk ‘senjata’ dan lengkap berpakaian perang menimbulkan kegerunan rakyat jelata di negeri (Terengganu) Darul Iman.

“Bukan sahaja mereka berarak tetapi menggunakan alat berbentuk ‘pedang’ dan ‘lembing’ yang menimbulkan kebimbangan orang awam. Apakah niat dan hajat menunjukkan persediaan untuk berperang ini di khalayak ramai?

“Bukankah Majlis Raja Raja Melayu baru-baru ini telah bertitah meminta kestabilan negara dipelihara, tetapi perbuatan ini berniat sebaliknya,” katanya dalam laporan polis itu.

Program Himpit mendapat perhatian ramai selepas menampilkan peserta berpakaian dilengkapi replika senjata, selain replika pedang gergasi yang diarak di atas lori.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar semalam berkata ia memberi gambaran tidak baik kepada agama, dan mereka sebaiknya menonjolkan unsur Islam yang bersifat damai.

Beberapa pemimpin PAS mempertahankan perarakan itu, antaranya membandingkannya dengan perarakan Hari Pahlawan dan acara cosplay yang memaparkan watak anime bersenjata.

“Perarakan bersenjata oleh pasukan bersenjata negara sering kita lihat dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pahlawan dan majlis-majlis rasmi tertentu,” kata anggota jawatankuasa PAS Nasrudin Hassan.

Sementara itu, polis Terengganu menyatakan pihaknya akan menjalankan siasatan awal berhubung perkara itu.

Raja Bahrin juga membangkitkan restu pemimpin utama PAS terhadap acara itu, yang disifatkannya sebagai “dibuat secara amat terbuka dan agresif”.

“Keterlibatan presiden dan ketua Pemuda PAS menunjukan restu pihak teratas parti dan ini mesti di siasat.

” PH Terengganu menuntut pihak keselamatan negara khususnya pihak PDRM memandang serius isu ini demi ketenteraman dan keharmonian negara dan menjalankan siasatan.

“Tiada pihak berada di atas undang-undang negara. Kami mendesak pihak kerajaan dan pihak keselamatan negara bertindak segera sebelum terlambat,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

Tags: HimpitLapor PolisPASPH Terengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fahmi Pertahan Hak Media Lapor Berita Petik ‘Sumber’

Next Post

Isu Laporan Dakwa Penjawat Awam Bakal Dibuang: Pengurusan Awesome TV Hadir Ke SKMM

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post
Isu Laporan Dakwa Penjawat Awam Bakal Dibuang: Pengurusan Awesome TV Hadir Ke SKMM

Isu Laporan Dakwa Penjawat Awam Bakal Dibuang: Pengurusan Awesome TV Hadir Ke SKMM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd