• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kanak-kanak Dikhuatiri Lemas Terjatuh Dalam Longkang, Seorang Sudah Ditemui

oleh Mohd Arshad
11/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Kanak-kanak Dikhuatiri Lemas Terjatuh Dalam Longkang, Seorang Sudah Ditemui
Share on FacebookShare on Twitter

 

AMPANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menemui seorang daripada dua kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini, petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa pertama, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun ditemui jam 6.30 petang pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa kedua Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun sedang giat dijalankan,sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika dua kanak-kanak itu dikatakan bermain air di kawasan longkang sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.44 petang tadi.

“Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun dipercayai hanyut di dalam longkang.

BHonline-

Tags: jatuh longkangkanak-kanaklemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd