• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat: Tarif Air Dikaji Semula, Banyak Pembaziran Berlaku

oleh Mohd Arshad
23/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dewan Rakyat: Tarif Air Dikaji Semula, Banyak Pembaziran Berlaku
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semula keperluan untuk menaikkan tarif air domestik sebagai usaha menangani isu pembaziran air yang berlaku ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini kerana kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, kadar tarif air yang terlalu rendah menjadi salah satu punca rakyat di negara ini tidak menghargai sumber asas itu sehingga mengakibatkan penggunaan yang berlebihan.

Jelas beliau, penggunaan air di Malaysia dikategorikan sebagai sangat tinggi dan sukar untuk diubah kerana sudah menjadi tabiat masyarakat.

“Ya penggunaan air kita memang sangat-sangat tinggi. Itu satu perkara yang mengambil masa sebab ia soal habit dan kebiasaan kita.

“Mahu tidak mahu ini keputusan yang telah diambil dan dimaklumkan oleh kerajaan sebelum ini juga iaitu tentang soal tarif air,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang mahu tahu apakah usaha yang boleh dilakukan kementerian itu yang boleh mendidik rakyat mengurangkan penggunaan air tetapi tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Tambah Nik Nazmi, bila tarif air terlalu rendah, ia memberi tekanan kepada syarikat air dan memperlihatkan sikap masyarakat kita yang tidak menghargai air.

“Tahun lepas telah diluluskan di bawah kerajaan sebelum ini untuk dinaikkan dulu bukan domestik tarif. Kemudian peringkat seterusnya (kerajaan) mengkaji semula tarif-tarif domestik. Itu secara jujur perkara-perkara yang kita kena ambil maklum untuk atasi masalah ini,” katanya.

Terdahulu, Jimmy Puah berkata statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan seorang rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 201 liter air setiap hari, yang mana penggunaan tersebut adalah melebihi 20 peratus daripada cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, data tersebut juga menunjukkan kadar penggunaan air di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara-negara jiran seperti Thailand yang menggunakan 193 liter sehari, manakala Singapura (151 liter).

-Kosmo Online

Tags: Dewan Rakyatkaji semulatarif air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd