• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bumbung Kereta Berlubang Angkara Bahan Letupan Buatan Sendiri’

oleh Mohd Arshad
25/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Bumbung Kereta Berlubang Angkara Bahan Letupan Buatan Sendiri’
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Polis mengesahkan berlaku insiden letupan sehingga menyebabkan bumbung sebuah kereta berlubang dalam kejadian di hadapan sebuah rumah dekat Padang Jawa, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata susulan kejadian itu, seramai 10 saksi sudah dipanggil untuk dirakam percakapan, setakat ini.

Beliau berkata, polis terdahulu menerima panggilan daripada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang memaklumkan berlaku satu letupan di bahagian bumbung kereta miliknya.

Katanya, mangsa memaklumkan pada jam 3.50 pagi 17 Februari lalu, isteri mangsa memberitahu terdapat percikan api atas keretanya. Mangsa kemudian keluar untuk memeriksa keadaan luar rumah yang dipenuhi asap sebelum menghubungi pihak polis.

“Hasil siasatan mendapati kereta Jenis Perodua Myvi berwarna kuning milik mangsa yang diparkir di hadapan rumah berlubang di bahagian bumbung.

“Pemeriksaan dalam kereta tidak menjumpai apa-apa senjata atau benda asing dan kenderaan itu didapati berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan berikutan terdapat kesan lekukan besi (bumbung).

“Menurut saksi kejadian iaitu jiran mangsa mendengar satu bunyi letupan yang kuat pada jam 3.50 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, susulan kejadian itu sepasukan anggota forensik Polis Selangor bersama Unit Pemusnah Bom Bukit Aman membuat siasatan di lokasi.

Katanya, pemeriksaan mendapati pembuatan bahan letupan itu dilakukan oleh orang yang ada pengetahuan mengenainya.

“Bahan letupan berkenaan adalah jenis low explosive (serbuk belerang) dan teknik yang digunakan bagi menyebabkan letupan adalah teknik bakar kerana menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan berkenaan,” katanya.

Jelasnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.

BHonline-

Tags: Bahan Letupanberlubangbumbung kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letupan IED Nilai: Warga Emas ‘Ayang’ Meninggal Dunia Di HKL

Letupan IED Nilai: Warga Emas ‘Ayang’ Meninggal Dunia Di HKL

28/02/2026
0

NILAI — Lelaki warga emas dikenali sebagai ‘Ayang’ yang sebelum ini berdepan lima pertuduhan berkaitan bahan letupan buatan sendiri (IED)...

Bahan Letupan Ditemukan Dalam Kereta Suspek Penembak Trump

Bahan Letupan Ditemukan Dalam Kereta Suspek Penembak Trump

15/07/2024
1

Pihak berkuasa menemukan bahan letupan dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun yang didakwa cuba membunuh bekas Presiden Donald...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd