• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Ayam Dijangka Kurang Menjelang Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
24/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekalan Ayam Dijangka Kurang Menjelang Aidilfitri
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Bekalan ayam dijangka berdepan kekurangan bekalan dan harga yang melambung menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri susulan pemborongnya kini menjual pada harga RM9 hingga RM9.12 sekilogram kepada penjual.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Situasi tersebut bakal menimbulkan kesukaran terutama kepada peniaga-peniaga kecil dan menyebabkan risiko gulung tikar sekaligus menyukarkan pengguna mendapatkan bahan makanan itu.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, sebahagian besar penjual kecil tidak mampu membeli ayam daripada pemborong dengan harga yang tinggi.

“Kerajaan ketika ini masih lagi menetapkan harga kawalan ke atas ayam di peringkat peniaga, iaitu RM 9.40 sekilogram. Jadi, bagaimana peniaga ini nak dapat keuntungan daripada penjual ayam.

“Takkan peniaga mahu jual RM9.40 sekilogram juga. Jadi, saya harap kerajaan perlu lihat perkara ini semula,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sesi perjumpaan di antara Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM baharu, Profesor Datuk Dr. Raduan Che Rose dengan pengurusan kanan universiti itu, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau menyatakan komitmen Mydin untuk menaja 5,000 pek makanan dalam program Menu Ramah yang dianjurkannya ketika ini kepada mahasiswa universiti itu.

Dalam pada itu, Ameer Ali mengakui terdapat pembekal telur ayam mencetuskan ketidakseimbangan terhadap bekalan telur apabila mengeluarkan telur omega berbanding telur biasa untuk mengaut keuntungan.

“Ini adalah lumrah perniagaan, iaitu peniaga mahu mengaut keuntungan dan mana-mana pihak tidak boleh paksa peniaga membuat itu dan ini.

“Tetapi saya melihat lebih baik harga barang (ayam dan telur ayam) ditentukan oleh pasaran barangan itu sendiri bagi mengelak bekalan dua barang itu kurang untuk orang awam membelinya,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: AidilfitriBekalan AyamBerkurang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd