• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Dunia Gesa Malaysia Cari Sumber Pendapatan Baharu

oleh Mohd Arshad
03/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bank Dunia Gesa Malaysia Cari Sumber Pendapatan Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meninjau sumber pendapatan baharu bagi memantapkan kedudukan fiskalnya memandangkan pendapatan kerajaan berada dalam aliran menurun sejak 2012, demikian kata Bank Dunia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bank Dunia menjangkakan pendapatan kerajaan berada pada paras 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 berbanding 16.7 peratus yang dijangkakan pada 2022.

Pada 2012, pendapatan kerajaan berada pada paras 21.4 peratus daripada KDNK.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, berkata usaha untuk membina semula penampan fiskal harus didorong oleh kutipan hasil yang lebih tinggi dan kecekapan perbelanjaan yang lebih baik.

Beliau berkata, antara langkah yang boleh dilaksanakan ialah dengan memantapkan cukai kepenggunaan, meluaskan asas cukai pendapatan peribadi dan menyelaraskan pelepasan cukai.

Katanya, Malaysia harus beralih daripada ekonomi kepenggunaan kepada ekonomi diterajui pelaburan yang secara langsung akan meningkatkan gaji pekerja tempatan.

“Sementara itu, peralihan beransur-ansur kepada subsidi yang lebih bersasar akan membantu subsidi berfungsi dengan lebih baik terhadap isi rumah berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai Pemantauan Ekonomi Malaysia terkininya bertajuk ‘Expanding Malaysia’s Digital Frontier’ di Kuala Lumpur, semalam.

Mengenai jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2023, Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Yasuhiko Matsuda, berkata ekonomi negara ini dijangka berkembang 4.0 peratus tahun ini di tengah-tengah jangkaan permintaan luaran yang perlahan.

Beliau berkata, Malaysia tidak mungkin berdepan kemelesetan tahun ini meskipun pertumbuhan ekonomi dunia dijangka perlahan.

Katanya, asas ekonomi negara kekal utuh dengan persekitaran pasaran pekerjaan negara yang bertambah baik serta keadaan politik domestik juga bertambah baik.

“Walaupun ekonomi global dijangka perlahan, Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk mencatatkan pertumbuhan meskipun dijangka lebih perlahan berbanding pertumbuhan kukuh di luar jangkaan tahun lalu yang dijangka sekitar 8.0 peratus.

“Prestasi kukuh pada 2022 sebahagiannya dipacu oleh pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyumbang kepada penggunaan swasta yang tinggi di Malaysia berbanding negara lain,” katanya.

BHonline-

Tags: bank duniaMalaysiasumber pendapatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd